Harian Metro

AMBIL NAMA DARIPADA GURU

-

DARI MUKA 15

Wanita berusia 46 tahun ini berkata, pada tahun awal berpindah, program pertama yang diikutinya anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) warga kilang masuk ke kampung di pedalaman Kedah bagi mengagihka­n bantuan makanan kepada keluarga susah.

“Ketika itu, peranan saya hanya membawa beras sumbangan kawan dan menjadi sebahagian sukarelawa­n. Saya jatuh cinta dengan kerja amal dan bersama suami, kami menubuhkan Program Kebajikan Raudhatul Ain Charity (RACP) untuk membantu lebih ramai yang memerlukan terutama pelajar dan murid sekolah yang tidak berkemampu­an,” katanya.

Perjalanan Junaidah pasti tidak akan mudah tanpa sokongan suaminya, Samsuri Samsudin, 51. Keterbatas­an masa dan keadaan menyebabka­n Junaidah tidak dapat menyertai mana-mana

NGO sebaliknya dia mewujudkan RACP dengan menganjurk­an program bersama suaminya.

Ini kerana katanya, ada kalanya dia perlu mengikut suami yang juga pegawai kerajaan bertugas di luar kawasan dan masih berulang- alik antara Johor dan Kedah.

Mereka mengambil keputusan melakukan aktiviti kebajikan sendiri melalui senarai nama murid yang diberi guru sekolah di persekitar­an mereka. Melalui senarai nama itu, mereka mengambil inisiatif menziarah keluarga murid berkenaan untuk mengenal pasti taraf kemiskinan dan menentukan bentuk bantuan yang boleh disampaika­n.

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, dia tidak bernaung di bawah mana-mana NGO dan program dilakukan secara persendiri­an melalui bantuan dana daripada rakan sekolah, seperjuang­an, sepengajia­n dan sekerja, juga sahabat amal serta keluarga.

SYAHDU LIHAT KEDAIFAN

“Terlalu banyak pengajaran dan iktibar yang saya peroleh melalui ‘universiti’ kehidupan ini terutama rasa syukur kehidupan kami jauh lebih baik dari apa segi sekali pun. Selain itu, pengajaran penting buat saya untuk melihat kesusahan orang lain dan bagaimana mereka mengatasi kesusahan dengan kudrat yang ada.

“Pengalaman tidak dapat saya lupakan ketika membuat ziarah amal di sebuah rumah di tengahteng­ah bandar ini yang didiami oleh sepasang suami isteri kurang upaya (OKU).

“Ketika itu hujan lebat dan angin kencang dan saya mengambil keputusan untuk tumpang berteduh. Saya melihat bagaimana mereka menyelamat­kan diri ketika ranting dan dahan pokok menghempap rumah mereka.

“Mereka duduk di satu sudut yang muat untuk berdua saja kerana rumah itu cukup uzur. Saya sendiri

 ??  ?? JUNAIDAH (kiri) dalam satu program yang disertainy­a.
JUNAIDAH (kiri) dalam satu program yang disertainy­a.
 ??  ?? PROGRAM pemberian pakaian terpakai percuma.
JUNAIDAH sering ke pedalaman untuk turun padang dan menyampaik­an
bantuan.
PROGRAM pemberian pakaian terpakai percuma. JUNAIDAH sering ke pedalaman untuk turun padang dan menyampaik­an bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia