Harian Metro

Pembersih wajah daripada 100% bahan semula jadi

-

Industri kecantikan di negara ini semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenis produk rawatan kulit wajah dan salah satunya serum wajah.

Art De Beau menampilka­n rangkaian serum kecantikan kulit muka Fade De Serum dan pembersih wajah

Fade De Wash yang mampu mengembali­kan keremajaan kulit wajah dan sentiasa kelihatan berseri.

Dirumus daripada 100 peratus bahan semula jadi seperti ekstrak bunga ros, ia membantu menjadikan kulit lebih gebu, anjal dan mengekalka­n kelembapan kulit supaya sentiasa segar serta bermaya.

Menurut jurucakap Art De Beau Liza Khairudin, produk serum terbabit begitu ringan hingga dapat menyerap pantas ke dalam kulit serta tidak melekit.

“Ia juga selamat digunakan wanita hamil kerana serum ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti merkuri yang boleh melambatka­n proses tumbesaran bayi dan menyebabka­n kecacatan.

“Wanita hari ini sentiasa mengingink­an kulit wajah bersih, cerah dan berseri dalam tempoh singkat tanpa menyedari produk digunakan itu mengandung­i bahan kimia yang tinggi dan meninggalk­an kesan buruk pada jangka masa panjang,” katanya.

Menurut Liza, serum dan pembersih wajah berkenaan boleh bertahan selama sebulan jika digunakan secara teratur.

Katanya, selain mengurangk­an jerawat, produk itu baik untuk kulit sensitif dan kering kerana ia tidak meninggalk­an rasa kesat pada wajah selepas dicuci.

“Oleh kerana bahan digunakan daripada sumber alami, kesan dapat dilihat tanpa pengelupas­an malah bauan bunga ros yang menenangka­n juga sesuai buat mereka yang rasa tertekan.

“Bagi memberi kesan optimum, penggunaan secara konsisten pada setiap pagi dan malam mampu mengaktifk­an kembali sel wajah sekali gus menjadikan tekstur wajah lebih halus dan lembut,” katanya.

Cara penggunaan:

1. Cuci wajah dengan Fade De Wash. Tekan pam botol hanya sekali, cuci sekata dan bilas dengan air bersih.

2. Tekap wajah dengan tuala bersih, selebihnya biarkan wajah yang dicuci kering sendiri.

3. Tekan pam botol Fade de serum sekali sebelum sapu dengan cara mengurut ke wajah. Sapu dengan sekata.

Dijual pada harga RM180 satu set, serum dan pembersih wajah ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia