Harian Metro

Komersial kek ciptaan ibu

- Rodly Fadly wanita@hmetro.com.my

Bermula atas dasar kasihan dan ingin membantu ibu, Haniz Amira Ahamat, 24, kini menjadi usahawan kek sejuk beku jenama MyZiff Bakers, yang bukan saja mula menguasai pasaran tempatan malah menjengah ke luar negara.

Amira, anak bongsu daripada empat beradik, membesar dengan melihat kegigihan kedua-dua ibu bapanya, Fauziah Tawil dan Ahamat Leman membuat serta menjual kek untuk mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga.

“Pada 1997, apabila berlaku kegawatan ekonomi, perniagaan daging yang diusahakan ayah terjejas. Walaupun mama mempunyai pekerjaan tetap sebagai pengurus akaun di sebuah syarikat swasta, pendapatan mama tidak mencukupi untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Oleh itu mama memulakan perniagaan kek secara sambilan kerana kebetulan memang hobi mama membuat kek. Begitu pun, untuk meningkatk­an kemahiran dirinya, mama sanggup mengorbank­an cuti hujung minggunya selama enam bulan menyertai kelas membuat kek.

“Pada awalnya mama hanya membuat kek prun dan menjualnya dalam kalangan rakan serta ahli keluarga. Pada masa sama, ayah turut membantu membuat jualan. Ternyata kek mama mendapat sambutan di luar jangkaan terutama menjelang musim hari raya.

“Ketika itu, mama memang tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan. Ia bukan lagi menjadi kerja sampingan hujung minggu malah setiap hari, selepas pulang kerja, mama terpaksa berjaga sehingga larut malam untuk membuat kek.

“Mama membuat pekerjaan itu sendiri kerana

3 beradik giat promosi

melalui penyertaan dalam ekspo di seluruh

negara

tidak mampu menggaji pekerja. Jadi, saya, ayah dan abang turut membantu. Ketika itu saya berusia sekitar enam tahun.

“Semakin hari perniagaan kek mama semakin berkembang selepas mama menambah beberapa perisa. Apatah lagi apabila mama memperkena­lkan kek sejuk beku, ia semakin digemari kerana boleh disimpan lebih lama.

“Bermula dengan perasaan kasihan dan ingin membantu, lamakelama­an saya mula jatuh cinta dengan bidang ini.

Jadi, selepas menamatkan pengajian dalam jurusan perakaunan di Kolej UNITI pada 2012, saya bersama abang ketiga, Muhammad Haziff berganding bahu membantu mengembang­kan perniagaan kek mama,” ujar Amira.

Melalui syarikat G & H Cake House Sdn Bhd,

 ??  ?? WALAUPUN berjawatan pengarah syarikat, Amira ringan tulang membantu bahagian pengeluara­n.
WALAUPUN berjawatan pengarah syarikat, Amira ringan tulang membantu bahagian pengeluara­n.
 ??  ?? MYZIFF Bakers menghasilk­an kek sejuk beku pelbagai perisa.
MYZIFF Bakers menghasilk­an kek sejuk beku pelbagai perisa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia