Harian Metro

Penyegar wajah diperkaya ekstrak mawar

-

Mawar antara bunga yang melambangk­an rasa cinta dan romantis malah aromanya dikatakan mampu menenangka­n serta meredakan tekanan.

Ia bukan saja cantik dan menjadi kesukaan ramai wanita, malah sudah diketahui sejak berzaman memiliki banyak manfaat kecantikan.

Oleh itu, tidak hairan bunga ini sering dijadikan bahan utama dalam produk penjagaan diri dan wajah kerana kemampuann­ya untuk merawat masalah kulit.

Air mawar misalnya mengandung bahan antiseptik dan antibakter­ia yang menjaga kulit daripada iritasi. Sifat air mawar sendiri yang antiradang membuatkan wajah yang awalnya tampak kemerahan akan mereda.

Menyedari kelebihan mawar dalam merawat masalah kulit, Nadine

Rose Mist yang diperkaya dengan ekstrak mawar, ekstrak teh hijau dan vitamin C dapat membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, berminyak dan jeragat.

Menurut pengasasny­a, Nadiatul Iza Yusof, penggunaan produk dengan bahan semula jadi lebih selamat untuk jangka masa panjang namun masih berkesan jika diamalkan secara teratur.

Nadine Rose Mist bertindak sebagai penyegar wajah yang boleh dipakai pada bila-bila masa untuk memberi kesegaran segera pada kulit wajah terutama jika terdedah di bawah terik matahari.

“Tekstur kulit akan menjadi lebih lembut dan cerah dalam tempoh dua minggu kerana ia dihasilkan menggunaka­n bahan semula jadi, tiada kimia berbahaya dan alkohol,” katanya.

Dirumus dari

Switzerlan­d dengan inovasi terkini, Nadine Rose Mist menggunaka­n mawar alps pine yang bermutu dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan boleh dibawa bersolat.

Nadine Rose Mist boleh didapati secara dalam talian melalui Facebook dan Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia