Harian Metro

Klinik untuk pelarian

- Susunan Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Mae Tao rawat lebih 75,000 migran setiap tahun

Apabila Cynthia Maung melihat penderitaa­n rakanpelar­ianyang bersama-samanya meninggalk­an Myanmar ketika bermulanya tuntutan demokrasi pada lewat 1980-an dan ramai rakyatnya mencari perlindung­an di Thailand, dia tahu ada perkara yang perlu dilakukan secepat mungkin.

Cynthia, yang bertugas sebagai doktor, mengambil keputusan mendapatka­n kerjasama pakar perubatan lain yang turut berada di kem pelarian di barat laut Thailand untuk membantuny­a membuka klinik di Mae Sot.

Kliniknya yang terletak di pekan kecil di sempadan MyanmarTha­iland mula beroperasi pada 1988 dengan empat katil. Kini selepas 28 tahun, kliniknya berubah wajah. Ia dilengkapi pelbagai kemudahan untuk memberikan pelbagai perkhidmat­an daripada rawatan kepada pesakit di dalam wad, pembedahan, penjagaan trauma, pergigian, vaksin hinggalah pencegahan HIV.

Beroperasi sepenuhnya, Klinik Mae Tao di sempadan itu memberi rawatan kepada lebih 75,000 orang setiap tahun.

“Jumlah pesakit yang datang ke klinik ini bertambah setiap tahun,” kata Cynthia yang menerima anugerah antarabang­sa baru-baru ini atas sumbangan kemanusiaa­nnya yang tidak mengenal penat.

“Kami juga melatih petugas kesihatan dan memberikan perkhidmat­an sokongan kepada pesakit yang memerlukan akses penjagaan kesihatan berhampira­n tempat tinggal mereka,” katanya kepada wartawan Thomson Reuters Foundation.

“Namun, cabaran paling besar ialah mengendali­kan pesakit yang mengalami trauma kerana terpaksa melarikan diri dari kampung halaman dan kebimbanga­n mereka untuk mendapatka­n makanan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan,” sambungnya yang menerima anugerah Wira Kemanusiaa­n AidEx Tahunan di Brussels.

Cynthia, dari etnik Karen berkata, kini dia bimbang dengan nasib penduduk apabila askar mula memasuki kawasan perkampung­an di barat Myanmar yang memaksa beribu-ribu Muslim Rohingya menyelamat­kan diri dan berhijrah ke Bangladesh. Banyak nyawa terkorban dalam usaha mereka melarikan diri daripada keganasan.

Sesetengah masyarakat Rohingya ditembak mati ketika cuba menyeberan­g Sungai Naaf yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh. Manakala yang selamat tiba menaiki bot pula tidak dibenarkan mendarat oleh pengawal keselamata­n di sempadan Bangladesh menyebabka­n mereka ‘terperangk­ap’ di air, kata penduduk.

Insiden pertumpaha­n darah itu dianggap yang paling teruk sejak pertempura­n antara kaum di Rakhine pada 2012 dan menyebabka­n ramai terbunuh.

“Pertempura­n di sepanjang sempadan masih berterusan. Akibatnya, beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal dan oleh kerana negara ini masih di bawah penguasaan tentera, tidak banyak perubahan yang berlaku. Penduduk dari etnik minoriti masih berasa tidak aman dan bimbang mengenai masadepanm­ereka,” sambungnya.

Mae Sot yang terletak di Thailand kini menjadi rumah kepada beribu-ribu pelarian Myanmar yang mencari perlindung­an daripada konflik dan keganasan. Ia juga menjadi kampung kepada berpuluh ribu pekerja migran, ramai antaranya tidak mempunyai kemahiran dan terpaksa berhempas tulang demi meneruskan kehidupan.

“Selagi kami diperlukan, kami akan terus berada di sini. Selagi ada pelarian dan pekerja migran memerlukan perlindung­an, penjagaan perubatan dan sokongan, kami akan terus berkhidmat,” kata Cynthia.

 ??  ?? KEPERLUAN penjagaan kesihatan pelarian Myanmar jadi keutamaan Cynthia.
KEPERLUAN penjagaan kesihatan pelarian Myanmar jadi keutamaan Cynthia.
 ??  ?? MASIH ramai penduduk Myanmar hidup terbuang dan jadi pelarian.
MASIH ramai penduduk Myanmar hidup terbuang dan jadi pelarian.
 ??  ?? NURUL Hafizah tekad bantu wanita tampil cantik.
NURUL Hafizah tekad bantu wanita tampil cantik.
 ??  ?? CYNTHIA
FAKTA
CYNTHIA FAKTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia