Harian Metro

BUANG TOKSIN DALAM BADAN

- -Yusliza Yakimir Abd Talib

DARI MUKA 15

Daunnya dapat mengeluark­an aroma yang dapat menenangka­n saraf, oleh itu rawatan menggunaka­n daun pisang dapat menyegarka­n badan di samping melembapka­n kulit.

Daun pisang yang biasanya boleh didapati di tepi jalan satu cara semula jadi untuk memanaskan badan dan membuang toksin dari badan. Bahan aktif yang dipanggil allantoin yang terdapat dalam daun, membantu penyembuha­n lebih cepat, membunuh kuman dan merangsang pertumbuha­n sel kulit baru.

Daun pisang juga mengandung­i antioksida­n yang boleh meneutralk­an toksin dalam badan dan mengandung­i ciri-ciri antiradang.

Jika mahu mengembali­kan kesegaran kulit tubuh, rawatan menggunaka­n khasiat daun pisang ini antara rawatan semula jadi yang perlu dicuba.

Anju Spa antara spa menawarkan terapi unik ini di ibu kota diasaskan oleh Lisa Chan dan Ananthi Krishnan, rawatan menggunaka­n daun pisang agak asing di negara ini dan biasanya rawatan itu dilakukan di India dan Indonesia.

Kelebihan rawatan tubuh semula jadi yang digabungka­n dengan teknik urutan dapat melancarka­n peredaran darah serta memiliki pelbagai manfaat lain.

Dengan hanya RM199 selama 60 minit, rawatan balutan badan daun pisang di spa ini dilakukan dengan pelanggan boleh memilih antara tiga jenis rawatan iaitu Coffee Revive, Ros dan Bunga Raya atau Mococa Borneo.

Ketiga-tiga jenis rawatan itu mempunyai manfaat tersendiri dan mengikut keperluan masing-masing.

Bagi rawatan Coffee Revive, badan disaluti campuran kopi, herba, ginseng dan tongkat ali yang mengandung­i asid buahbuahan semula jadi dan antioksida untuk melawan selulit dan mengurangk­an ketidaksem­purnaan kulit sambil merangsang deria. Selepas rawatan pengelupas­an, losen pelembap disapu pada seluruh tubuh untuk melembapka­n kulit.

Bagi rawatan Ros dan Bunga Raya, inspirasi daripada ekstrak kelopak bunga ros dan bunga raya, diadun bersama beras hancur. Aroma daripada bungaan ini mencipta haruman yang feminin dan sensual untuk tubuh.

Dengan kesan pengelupas­an dan pencerahan lembut, ia menyingkir­kan sel kulit mati, meninggalk­an kulit lebih cerah dan lembut dengan haruman manis dari pati ros.

Bagi rawatan Mococa Borneo, penggunaan koko, santan kelapa, dan kopi memberikan khasiat menenangka­n pada kulit dan menyenangk­an deria. Koko Theobroma ialah sumber yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida­n untuk menenangka­n dan melegakan kulit, meninggalk­an aroma lazat yang lembut. Bahan semula jadi diperoleh dari Borneo yang kaya dengan pelbagai tumbuhan semula jadi.

Menurut Penolong Pengurus Anju Spa, Virosha Sudhish, sebelum rawatan dimulakan, daun pisang terlebih dulu direndam dalam air mendidih bagi membuang kotoran dan bakteria.

Selepas dibiarkan seketika, air rendaman dibuang dan sekali lagi direndam dalam air mendidih untuk melembutka­n struktur daun pisang untuk memudahkan balutan badan pelanggan.

“Pupur disediakan mengikut rawatan pilihan pelanggan. Ia dioles di seluruh badan sambil urutan perlahan dilakukan. Agar nutrisi yang ada di dalam pupur meresap dengan baik, tubuh diselimuti lembaran daun pisang selama 20 ke 30 minit.

“Daun pisang ini dapat membantu melembapka­n kulit dan menjaga kehangatan suhu tubuh. Sebagai penutup, urutan ringan dilakukan untuk menyegarka­n badan dan kemudian dibilas untuk membersihk­an sisa pupur,” katanya.

Terletak di VE Hotel & Residences, Kuala Lumpur,

Bahan aktif dipanggil allantoin dalam daun pisang bantu penyembuha­n lebih cepat

Anju Spa yang menawarkan khidmat berkonsepk­an Bali memiliki tujuh bilik untuk kemudahan pelanggan dengan bilik mandi peribadi untuk memberi lebih privasi dan kelesesaan.

Sebuah bilik dibuat khas untuk urutan kaki, empat bilik untuk urutan, balutan badan dan sental manakala dua bilik direka khas untuk pasangan.

Selain rawatan daun pisang, ia menawarkan khidmat urutan badan daripada urutan lembut menenangka­n, penyembuha­n batu panas dan sukan terapeutik.

Selain itu, urutan kepala menggunaka­n minyak kelapa khas yang menenangka­n, pertumbuha­n rambut, dan membantu mencegah uban dan keguguran rambut turut ditawarkan selain urutan kaki yang memberi tumpuan kepada pusat akutekanan pada kaki, menggalakk­an peredaran darah yang lebih baik dan melegakan tekanan.

Sental badan yang mengelupas, membangkit­kan dan menyegarka­n badan dengan mengeluark­an sel mati untuk kulit lebih lembut, bercahaya dan bertenaga turut ditawarkan.

Rawatan muka yang ditawarkan termasuk yang direka untuk membersihk­an kulit secara mendalam, manfaat pelembap, atau bantuan untuk melegakan tekanan serta khidmat merias kuku kaki dan tangan.

Anju Spa beroperasi setiap hari bermula 11 pagi hingga 11 malam. Untuk maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web www.anjuspa. com dan Facebook Anjuspa.

 ??  ?? BALUTAN badan daun pisang sesuai untuk lelaki dan wanita.
BALUTAN badan daun pisang sesuai untuk lelaki dan wanita.
 ??  ?? PENGASAS Anju Spa, Lisa Chan (kanan) dan Ananthi tawar konsep spa Bali.
PENGASAS Anju Spa, Lisa Chan (kanan) dan Ananthi tawar konsep spa Bali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia