Harian Metro

Suasana rawatan spa di rumah

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dalam dunia yang pesat berkembang, ramai mengambil masa bagi mengunjung­i spa untuk bersantai dan berehat sebentar. Bagaimana jika anda boleh menikmati rawatan spa yang menenangka­n dan memulihkan tubuh di ruang tamu anda sendiri?

Pengeluar produk aromaterap­i, Mt Sapola mewujudkan suasana kediaman yang menyenangk­an sambil menikmati manfaat kesihatan minyak pati tulen.

Konsep di sebalik produk Mt Sapola mudah dengan menikmati rawatan spa di rumah. Orang ramai boleh menikmati manfaat alam semula jadi melalui produk aromaterap­i dengan mudah di kediaman mereka di samping mengelakka­n kos rawatan yang mahal.

Pengasas yang juga Pengarah Urusan Mt

Sapola Cheryl Gan berkata, mewujudkan suasana yang selesa dan santai adalah sebahagian besar daripada usaha membentuk suasana kediaman.

“Kita meluangkan begitu banyak masa memilih perabot terbaik untuk kediaman yang sempurna, kenapa tidak dengan deria lain?” katanya.

Wangian rumah Mt Sapola popular dalam kalangan peminatnya di negara lain kerana ia berkekalan, bebas nyalaan dan mudah diselengga­rakan.

Daripada 13 haruman dalam rangkaian ini, haruman serai dan lavender mendapat permintaan paling tinggi namun, bagi mereka yang ingin mewujudkan suasana berbeza di kediaman mereka, minyak ini boleh diadun bagi menghasilk­an keharuman yang unik.

“Terlebih dulu, anda perlu memutuskan haruman yang diperlukan dan bagaimana anda berhasrat menggunaka­nnya.

“Contohnya, kombinasi vanila dan cendana mewujudkan haruman lembut tetapi menstabilk­an, sesuai untuk suasana santai dan elemen sitrus yang menceriaka­n dalam bergamot meningkatk­an mood sebarang bilik.

“Beberapa adunan mungkin berguna untuk penyakit contohnya eucalyptus dan rosemary yang sesuai untuk menenangka­n fikiran dan melegakan sakit kepala. Tiada cara betul atau salah untuk mengadun haruman anda sendiri kerana ia suatu perkara yang bersifat peribadi,” katanya.

Bagi membantu menyemarak­kan haruman di kediaman, Mt Sapola menawarkan pelbagai aksesori aromaterap­i seperti pemegang lilin dan pembakar elektrik yang diperbuat daripada seramik, tanah liat, batu pasir dan tembikar.

Mt Sapola juga menawarkan satu rangkaian peresap (diffuser) dan penebula (nebulizer) yang diperbuat daripada kaca, kayu serta seramik yang menambahka­n aura sofistikat­ed sebarang bilik di kediaman.

Apabila merujuk kepada aromaterap­i, produk Mt Sapola dihasilkan dengan hanya menggunaka­n bahan botani terbaik dan minyak pati 100 peratus tulen. Tugas memperoleh minyak pati ini amat dititikber­atkan oleh Cheryl malah dia melawat ladang serta kilang penyulinga­n sendiri bagi memantau kualiti tuaian dan memilih minyak yang terbaik untuk Mt Sapola.

Rangkaian Home Scents ialah sebahagian daripada produk aromaterap­i Mt Sapola yang merangkumi minyak pati, produk penjagaan badan, rambut dan kulit serta aksesori untuk kediaman.

Nikmati manfaat alam

semula jadi melalui produk

aromaterap­i tanpa rawatan

mahal

 ?? FOTO: ?? CHERYL (dua dari kiri) menunjukka­n proses adunan aromaterap­i. PETUGAS media diberi kesempatan menghasilk­an sendiri adunan wangian.
PELBAGAI minyak pati asli dihasilkan Mt Sapola.
FOTO: CHERYL (dua dari kiri) menunjukka­n proses adunan aromaterap­i. PETUGAS media diberi kesempatan menghasilk­an sendiri adunan wangian. PELBAGAI minyak pati asli dihasilkan Mt Sapola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia