Harian Metro

Rawat masalah dari dalam

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kesihatan yang baik asas kecantikan setiap orang malah jika kesihatan tidak dijaga, penampilan diri turut terjejas.

Oleh itu, selain rutin senaman dan pemakanan sihat, suplemen tambahan juga penting untuk memastikan diri sentiasa kelihatan cergas dan menarik.

Tidak sukar mendapatka­n produk makanan atau minuman tambahan di pasaran malah dengan teknologi dan inovasi, banyak tumbuhan herba berpotensi menjadi sumber kesihatan termasuk daun rerama.

Daun rerama dikatakan kaya khasiat untuk kesihatan termasuk ciri antikanser dan antikerada­ngan.

Justeru, Klinell Bio PLT KlinCell menghasilk­an minuman campuran botani dalam bentuk jus berasaskan ekstrak asli daun rerama dengan gabungan ekstrak delima, aprikot, durian belanda dan kurma.

Pengasasny­a, Mohamad Nazri Arshad berkata, KlinCell bukan saja memberi manfaat terhadap kesihatan malah merawat masalah dari dalam seterusnya memastikan kesihatan yang baik.

“Menariknya, walaupun ia minuman campuran botani, pelanggan yang mengamalka­nnya dapat berasakan perubahan positif terhadap kesihatan mereka.

“Selain itu, ia memberi tenaga dan amat baik diamalkan mereka yang seharian bekerja dan ingin mengekalka­n tenaga dan kesegaran badan,” katanya.

Dilancarka­n pada April lalu, Mohamad Nazri berkata, syarikat itu terlebih dulu mencuba sendiri sebelum memasarkan produk terbabit dan rata-rata berpuas hati dengan hasilnya.

Mempunyai 60 stokis di seluruh negara, Klinell

Bio masih membuka peluang kepada mereka berkelayak­an untuk menjadi stokis dengan modal RM500.

Sehingga kini, Klincell sudah menembusi pasaran Brunei, Singapura dan terbaru Arab Saudi.

“Selain menjadi pengeluar pertama yang menghasilk­an produk daun rerama yang boleh diminum terus, KlinCell juga dikilangka­n menerusi Amalan Perkilanga­n Baik (GMP), mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan dan juga sudah diuji di makmal Pusat Racun Negara untuk memastikan keselamata­n produk ini.

“KlinCell bukan ubat, tetapi minuman berkhasiat yang membantu meningkatk­an kesihatan,” katanya.

Ia boleh diambil oleh semua peringkat umur seawal usia dua tahun,

10ml dua kali sehari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.klincell.com/ pengedar.

 ??  ?? MOHAMAD Nazri
(kiri) bersama produk KlinCell.
MOHAMAD Nazri (kiri) bersama produk KlinCell.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia