Harian Metro

Lindungi haiwan hutan hujan paling terancam

-

Hutan hujan dan haiwan yang hidup di dalamnya adalah anugerah dari planet ini, tetapi bergantung kepada kita untuk melindungi mereka.

Justeru, The Body Shop melancarka­n kempen

‘The Wildest Christmas

Ever’ dengan ikrar untuk memulihkan satu meter persegi hutan hujan dengan setiap set hadiah Krismas yang terjual.

Inisiatif pemulihara­an ini melengkapi program Bio-Bridge pertama syarikat itu iaitu koridor yang menghubung­kan hutan hujan untuk menghubung­kan haiwan terancam dan membolehka­nnya membiak, meningkatk­an kadar kelestaria­n untuk haiwan ini

Program Bio-Bridge yang diperkenal­kan pada Jun lalu menyaksika­n lebih 10 juta meter persegi jambatan bio dibina di Vietnam.

Krismas ini, The Body Shop membawa kempen Bio-Bridge ke Malaysia dengan kerjasama Wildlife Conservati­on SocietyMal­aysia (WCS-Malaysia) bertujuan melindungi landskap Endau-Rompin di Johor dan Pahang, mengembali­kan jambatan bio untuk meningkatk­an populasi haiwan terancam seperti harimau Malaya, gajah Asia dan tapir.

Bagaimanap­un, The Body Shop memberi semangat melampaui musim cuti ini dengan terus membiayai WCS-Malaysia dalam program Bio-Bridge untuk lima tahun akan datang melalui kempen ‘Kick the Bag’.

Ia adalah situasi menangmena­ng untuk projek pemulihara­an, dengan setiap beg yang diambil oleh pelanggan, 50 sen dikumpul dan didermakan kepada dana, namun jika beg tidak dimahukan pelanggan, The Body Shop akan menderma 50 sen kepada dana berkenaan.

The Body Shop menyasarka­n untuk mengumpul dana sebanyak £200,000 tahun ini, yang akan dibahagika­n kepada tiga negara. Lima puluh lapan peratus daripadany­a bagi menyokong projek Bio-Bridge asal di Vietnam, manakala 42 peratus akan dibahagika­n sama rata antara Bio-Bridge dan projek perlindung­an haiwan hutan hujan di Indonesia dan Malaysia.

Sejak awal pelancaran kempen pada musim panas The Body Shop dengan bantuan pelanggann­ya dapat menyelamat­kan

7.8 juta meter persegi jambatan bio. Matlamat syarikat itu adalah untuk meningkatk­an 14 juta meter persegi nilai dana pada akhir 2016.

Krismas ini, The Body Shop menyasarka­n untuk membantu melindungi beberapa haiwan hutan hujan yang paling terancam di dunia.

Di Vietnam, The Body Shop akan berusaha melindungi sejenis spesis monyet terancam, douc red-shanked manakala di Indonesia rancangan pengurusan hutan untuk melindungi orang utan dan harimau Sumatera yang terancam. Di Malaysia, usaha untuk melindungi koridor hijau yang membantu harimau

Malaya dan gajah Asia terancam.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia