Harian Metro

MATI JUMPA BUAYA

„ Warga emas diserang ketika menyelam dan memanah ikan

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ hmetro.com.my

“Kali terakhir berjumpa dengan arwah pada Isnin lalu ketika minum bersama-sama di sebuah restoran di sini.

“Sejak mengenali arwah, saya memang tahu hobinya yang gemar menyelam dan memanah ikan di laut.

“Namun, saya tidak pernah menyertai aktiviti itu kerana saya seorang yang penakut,” kata Zaini Jaukarin, 48, bekas rakan sekerja kepada lelaki yang maut dipercayai akibat dibaham buaya di perairan pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) di sini, kelmarin.

Pada kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Tigahari Madjami, 60, dipercayai meninggal dunia selepas diserang buaya air masin ketika menyelam dan memanah ikan di kawasan perairan berkenaan.

Mayat pesara kerajaan itu ditemui lengkap berpakaian ‘wetsuit’ oleh anggota bomba yang melakukan operasi pencarian di kawasan terbabit, pada jam 12.33 tengah malam.

Zaini berkata, mangsa adalah bekas kakitangan di bahagian alam sekitar Majlis Daerah Lahad Datu dan sudah bersara daripada pihak berkuasa tempatan itu, sejak dua bulan lalu.

“Saya mengenali arwah sudah lama dan kebetulan kami mempunyai pertalian saudara. Dia memang seorang yang baik dan sering membantu saya ketika kami sama-sama berkhidmat di majlis daerah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zaini berkata, selepas ditemui, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halaman lelaki itu di Kampung Kampung Sungai Gajah, Semporna untuk urusan pengebumia­n.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumka­n kejadian itu pada jam 12 malam.

Beliau berkata, susulan itu, seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui jam 12.33 tengah malam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui lengkap berpakaian
‘wetsuit’.
MAYAT mangsa ditemui lengkap berpakaian ‘wetsuit’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia