Harian Metro

KUBUR BESAR ROHINGYA

„ Lebih 100 wanita dirogol, 400 rumah dibakar

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Lebih 100 wanita dirogol oleh tentera Myanmar manakala 400 rumah dibakar serta 30,000 etnik Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh.

Itu situasi terbaru diperoleh etnik Rohingya di Malaysia yang mengharapk­an campur tangan semua negara Islam.

Penduduk Rakhine, Mohd Junaid Zafar Ahmed, 30, berkata, dia memperoleh maklumat itu daripada rakan yang masih berada di sana.

“Situasi kini makin buruk selepas lebih 500 tentera Myanmar menyerbu Kampung Sin Thay Pyin dan Kampung Pan Myaung, minggu lalu.

“Tentera membakar 400 rumah dan 70 etnik Rohingya ditangkap dan didera tanpa perikemanu­siaan, kami mengharapk­an semua negara Islam membuka mata terhadap penindasan dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap kami,” katanya kepada Harian Metro.

Junaid yang berasal dari Sittwe, Arakan berkata, dia kerap berhubung dengan rakan yang masih berada di sana yang melaporkan situasi terkini kejadian.

“Sangat sedih, mereka bukan saja diseksa malah tentera mengambil semua wanita dan kanak-kanak dan dikumpulka­n di satu tempat.

“Kebanyakan wanita dirogol manakala kanak-kanak dibunuh, buat masa ini tiga wanita dilaporkan diculik ke dalam hutan berhampira­n,” katanya.

Menurutnya, rakannya melihat kira-kira 300 wanita dikumpulka­n di sebuah padang di bawah terik matahari dan diarahkan supaya berbogel selama dua jam setengah dan mengambil kesempatan terhadap mangsa tidak lama kemudian.

“Lebih 100 wanita dirogol manakala sekurang-kurangnya 40 lagi dibunuh, agak sukar menyebut jumlah sebenar mangsa yang terbunuh kerana pasukan keselamata­n memindahka­n mayat ke tempat lain,” katanya.

Dia yang menjadi guru pelarian Rohingya di Seri Kembangan berkata, penduduk mendakwa menemui dua kubur besar di Cashew Garden berhampira­n perkampung­an Sabai Gone.

“Penduduk kemudian menggali sekitar untuk mencari mayat dan menemui puluhan mayat tanpa identiti,” katanya.

Katanya, bukan saja itu, bagi memutuskan bekalan makanan penduduk, tentera mencuri kerbau, lembu dan kambing kemudian disembunyi­kan di kawasan lain.

“Situasi makin buruk kini, penduduk yang tidak tahan didera diberitaka­n akan meninggalk­an kampung masing-masing menuju ke sempadan Bangladesh.

“Kami mahu semua negara Islam bersatu dan campur tangan berhubung isu penindasan ini sebelum lebih ramai terbunuh. Kasihanila­h etnik kami yang berada di sana,” katanya yang mempunyai kad pelarian UNHCR.

 ??  ??
 ??  ?? WANITA dan kanak-kanak dikumpulka­n sebelum diseksa. ANTARA mangsa yang ditemui mati.
WANITA dan kanak-kanak dikumpulka­n sebelum diseksa. ANTARA mangsa yang ditemui mati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia