Harian Metro

CEF OKU GAH DI PERANCIS

„ Pemuda raih tempat kelima pertanding­an memasak di Perancis

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Mengalami masalah pendengara­n sejak kecil tidak menghalang Muhammad Safiuddin Rosli, 21, meraih kejayaan di peringkat antarabang­sa.

Memegang status orang kurang upaya (OKU) tidak menjadi masalah buat bekas penuntut Kolej Komuniti Selayang, Selangor itu untuk memperoleh tempat kelima daripada 24 peserta yang mengambil bahagian dalam kategori memasak pada pertanding­an Abilympic Antarabang­sa di Paris, Perancis, Mac lalu.

Walaupun mendapat saingan sengit dari 12 negara, anak jati kelahiran

Bukit Beruntung, Selangor itu tampil dengan kelainan dalam masakannya bagi melayakkan­nya menduduki tempat kelima.

Muhammad Safiuddin berkata, dia berterima kasih kepada pensyarahn­ya, Asfarul Haris, 34, yang menjadi tulang belakangny­a hingga menjadi OKU pertama Malaysia menempatka­n diri antara peserta terbaik bagi kategori memasak dalam pertanding­an itu.

“Untuk saya berjaya ke tahap ini, saya melalui pelbagai cabaran. Saya perlu berusaha keras kerana mempunyai kekurangan diri. tetapi berkat kesungguha­n dan bantuan diberikan pensyarah, saya mampu melakukann­ya,” katanya selepas menerima anugerah kecemerlan­gan pada majlis Anugerah Gemilang Politeknik dan Kolej Komuniti yang disempurna­kan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching, di sini malam kelmarin.

Anak sulung lima beradik itu berkata, dia berjaya mempengaru­hi juri pertanding­an apabila memperkena­lkan masakan berasakan hidupan laut yang turut menggunaka­n adunan rempah dari Eropah sebelum disesuaika­n dengan cara masyarakat di Perancis.

Selain itu, Muhammad Safiuddin menghasilk­an pencuci mulut berasaskan roti diberi nama ‘Eclair’.

Katanya, persediaan dibuat bersama pensyarahn­ya selama enam bulan ternyata membuahkan hasil walaupun berdepan cabaran menggunaka­n bahan masakan berasal dari Eropah.

“Saya perlu sesuaikan diri dengan bahan masakan yang tidak biasa digunakan. Meraih tempat kelima cukup bermakna buat saya kerana sebelum ini kita tidak pernah menghantar peserta bagi kategori memasak,” katanya.

Dia yang kini bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur bercita-cita menjadi chef bagi mengubah kehidupan keluargany­a yang bergantung kepada pendapatan bapanya sebagai pengawal keselamata­n.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Safiuddin menunjukka­n pingat diterima bersama Asfarul.
MUHAMMAD Safiuddin menunjukka­n pingat diterima bersama Asfarul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia