Harian Metro

Jebak populariti murahan Wawa nafi rumah tangga bergolak

-

apa karya yang dibintangi­nya.

“Saya harap mereka mengelak hal ini. Biasalah, dalam industri ada individu yang mendekati kita untuk ajak makan sebagai cara menawarkan peluang berlakon. Nasihat saya, jangan percayakan mereka,” katanya.

Pelakon drama Rindu Awak 200% dan Awak Sangat Nakal ini mengakui pernah berdepan situasi itu, tetapi dapat mengelak.

“Saya pernah melaluinya lima tahun lalu. Sekiranya mahu cepat popular, saya boleh pilih cara ini.

“Syukur, saya dikeliling­i mereka yang selalu menasihati saya jangan buat perkara tidak elok.

Saya pun pandai berfikir untuk menolak.

“Saya takut apabila individu ini sanggup menghantar orang upahan untuk ambil saya di lokasi penggambar­an. Ketika itu saya rela tunggu di set dan berpakat dengan pengarah kononnya babak saya belum selesai.

“Bagi saya orang begini hanya pandai menabur janji palsu,” katanya pada pelancaran single terbarunya berjudul Nakal! Nakal! Nakal! dan Pencuri Hati versi dangdut.

Sementara itu, pada majlis sama Ayda turut memaklumka­n dirinya mendapat tajaan biasiswa melanjutka­n pengajian di KDU University College Utropolis Glenmarie.

Kuala Lumpur: Pelakon Wawa Zainal menafikan khabar angin rumah tangganya bersama pelakon Aeril Zafrel bergolak.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 25, berkata, dia dan suami bahagia dan menegaskan cerita yang hangat diperkatak­an di laman blog serta media sosial itu tidak benar sama sekali.

“Adat rumah tangga gaduh-gaduh manja itu biasa.

“Tapi tidak sampai mahu bercerai. Saya dan suami sentiasa berdoa semoga perkahwina­n ini kekal berpanjang­an,” katanya.

Wawa yang juga pelakon filem 99 Kali Rindu ini menyeru pengguna laman sosial tidak terlalu cepat mempercaya­i berita yang tersebar tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tahu segelintir blogger guna tajuk sensasi bagi menarik perhatian supaya membuka dan membaca blog mereka. Jadi, saya menyaranka­n orang ramai baca dahulu isi kandungan cerita itu sebelum membuat spekulasi.

“Pada masa sama apabila membaca jangan pula ringan tangan menjadi pejuang papan kekunci. Sia-sia saja kerana mendapat dosa percuma,” katanya.

Wawa turut menafikan

„ Ayda Jebat nasihat pelakon baru jauhi kontrovers­i di media sosial

dia merajuk dan cemburu melihat lakonan suaminya bersama Ummi Nazeera dalam drama Patahnya Sebelah Sayap yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.

“Saya pun tak faham macam mana isu ini boleh timbul. Kalau saya cemburu, dari awal lagi saya tidak membenarka­n suami berlakon dengan orang lain. Mengenai percutian ke Korea yang kononnya dia mahu memujuk saya, itu pun tak betul.

“Kalau nak tahu, percutian itu sudah lama dirancang. Malah ia tidak ada kaitan langsung dengan isu itu,” katanya.

Terdahulu Wawa memuat naik status berbentuk luahan hati di laman Instagram miliknya sehingga mengundang tanda tanya netizen.

Malah status itu dikongsi beberapa pihak dengan meletakkan tajuk yang seolah-olah menggambar­kan rumah tangga pasangan ini sedang bergolak.

 ??  ??
 ??  ?? WAWA
WAWA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia