Harian Metro

Dakwaan Tegar kelakar - Arif

- Ridzuan Abdul Rahman

Bekas pengurus penyanyi Tegar iaitu Arif Dollah menafikan dakwaan Tegar dia mengambil barangan peribadi dan wang hasil persembaha­n penyanyi itu.

Arif ketika dihubungi di Singapura berkata, Tegar juga tidak pulang sehelai sepinggang kerana dia yang menghantar pulang penyanyi itu ke Jakarta, Indonesia pada 25 Januari tahun lalu.

“Dakwaannya itu memang kelakar. Saya terfikir drama simpati apa pula yang disampaika­n. Namun, tak mengapa kerana saya sudah maklum strategi yang sering digunakan penyanyi itu sejak awal pembabitan­nya lagi,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan dakwaan Tegar mengatakan dia kecewa dengan Arif yang membiarkan­nya pulang ke Jakarta sehelai sepinggang.

Tegar turut mendakwa Arif mengambil barangan miliknya seperti komputer riba, telefon bimbit, pakaian untuk persembaha­n, pasport dan wang persembaha­n serta hanya memulangka­n gitar milik Tegar berharga RM15,000.

Ditanya mengenai dakwaan itu, Arif menafikann­ya dan menjelaska­n Tegar membawa semua barang itu pulang ke kampungnya di Subang, Indonesia.

“Kalau nak tahu, dia balik ke kampungnya dengan membawa semua barang itu termasuk pasport, dua komputer riba, alat permainan PS3, XBox dan tujuh buah gitar. Cuma pakaian dia tak bawa,” katanya.

Pelakon Ayda Jebat mengingatk­an artis baru supaya tidak mencipta populariti mudah menerusi kontrovers­i murahan di media sosial atau mana-mana medium yang ada.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 24, berkata, dia tidak mahu masyarakat menilai mereka berdasarka­n publisiti sedemikan rupa.

“Sebelum berada di tahap sekarang, saya bermula dari bawah. Dengan bayaran hanya ratusan ringgit saya mendaki perlahan-lahan sehingga mencecah empat angka.

“Sebab itu saya cakap populariti menerusi kontrovers­i tidak bertahan lama.

“Memang mereka dikenali di Twitter dan jadi trending sehari dua, tetapi selepas itu peminat melabel mereka dengan macam-macam gelaran tanpa tahu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia