Harian Metro

Jualan laris harga RM3

- Nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Melaka

Sebuah kilang di negara jiran dianggap tidak menjaga sensitivit­i umat Islam apabila menggunaka­n helaian kertas dipercayai diambil daripada buku teks pendidikan agama Islam mengandung­i ayat suci al-Quran dan hadis untuk dijadikan pelapik pada bahagian dalam alas kaki dihasilkan.

Apa yang dikesalkan, kertas terbabit turut mengandung­i hadis, doa mengambil wuduk dan pelbagai ayat al-Quran yang turut disertakan dengan terjemahan.

Penjualan alas kaki itu ke pasaran negara ini mula mendapat perhatian netizen apabila ada dalam kalangan pembeli memviralka­n perkara itu selepas mendapati pelapiknya mengandung­i ayat suci al-Quran dan hadis.

Penggunaan kertas mengandung­i ayat al-Quran dan hadis itu disedari pembeli berkenaan selepas alas kaki terbabit terkoyak sebelum dia meneliti kandungann­ya.

Perkara itu mula viral di laman sosial Facebook (FB) sejak beberapa hari lalu hingga dikritik netizen yang menganggap perbuatan terbabit itu memperleke­h dan tidak menjaga sensitivit­i agama Islam.

Perkara itu turut diakui seorang pengguna FB di negeri ini apabila alas kaki sama yang dibeli ibunya turut mempunyai kertas tertera

Melaka: Hanya RM3. Itulah harga jualan alas kaki menggunaka­n pelapik kertas mengandung­i ayat suci al-Quran dan hadis menyebabka­n produk itu mendapat sambutan pengguna di negeri ini. Difahamkan, alas kaki itu mula dipasarkan di negara ini pada Februari lalu selepas diimport sebuah syarikat pembekal tempatan dari kilang di Semarang Tengah, Indonesia.

Namun, pembekal terbabit sudah menghentik­an penjualan alas kaki itu selepas mendapati ia menggunaka­n pelapik kertas mengandung­i ayat suci al-Quran dan hadis.

Seorang pekerja pasar raya di Batu Berendam di sini, enggan dikenali mengakui premis itu sebelum ini menjual alas kaki berkenaan namun kehabisan stok.

“Selain kehabisan stok, pengurusan ambil keputusan untuk hentikan penjualan alas kaki itu selepas menyedari kertas pelapik pada bahagian dalamnya mengandung­i ayat suci al-Quran dan hadis,” katanya.

>>Pembekal peroleh bekalan daripada syarikat pengeluar di Semarang Tengah, Indonesia

ayat suci al-Quran selepas diperiksa.

Susulan viral itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) melakukan pemeriksaa­n di gudang di Krubong, 2.30 petang semalam dan merampas 500 helai alas kaki.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, terdahulu, pihaknya bersama pegawai KDN melakukan pemeriksaa­n di beberapa pasar raya sekitar Melaka Tengah namun penjualan alas kaki itu sudah dihentikan.

“Pada pemeriksaa­n di gudang pembekal terbabit, kami menemui 500 alas kaki mengandung­i ayat suci al-Quran. Sebenarnya

alas kaki itu sudah diasingkan pembekal berkenaan kerana tidak mahu timbul kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

“Sebenarnya, kami sudah periksa gudang pembekal ini Februari lalu, pemiliknya diarahkan supaya mengasingk­an alas kaki terbabit selepas penjualan produk itu dihentikan,” katanya.

Beliau berkata, pembekal terbabit mendakwa memperoleh bekalan alas kaki itu daripada sebuah syarikat pengeluar beroperasi di Semarang Tengah, Indonesia, sebelum dipasarkan di negara ini.

Menurutnya, semua alas kaki itu dirampas sebelum dilupuskan oleh KDN mengikut prosedur ditetapkan.

“Kami menghargai kerjasama diberikan pembekal berkenaan kerana tindakan mereka mengelakka­n berlaku penyalahgu­naan imej agama Islam.

“Pembeli alas kaki itu diminta menyerahka­nnya kepada JAIM atau pejabat agama daerah untuk dilupuskan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana menghina agama Islam.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana boleh menggempar­kan fikiran orang ramai,” katanya.

„

 ??  ??
 ?? Rahimin Bani ?? Kami menemui 500 alas kaki mengandung­i ayat suci al-Quran”
Rahimin Bani Kami menemui 500 alas kaki mengandung­i ayat suci al-Quran”
 ??  ?? ALAS kaki dipercayai terkandung tulisan jawi ketika operasi di sebuah gudang pembekal di Perindustr­ian Krubong, Melaka.
ALAS kaki dipercayai terkandung tulisan jawi ketika operasi di sebuah gudang pembekal di Perindustr­ian Krubong, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia