Harian Metro

JHEAT kenal pasti pihak bertanggun­gjawab isu alas kaki

-

Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggun­gjawab di sebalik isu alas kaki mengandung­i ayat al-Quran hingga menjadi viral di laman sosial sejak Selasa lalu.

Pesuruhjay­a JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya ada menerima aduan seorang pembeli di sebuah pasar raya di Dungun yang memaklumka­n terdapat helaian al-Quran di dalam alas kaki dijual RM2 itu.

“Semalam (kelmarin), pembeli itu datang ke Pejabat Agama Dungun untuk mendapatka­n kesahihan berhubung penemuan ayat helaian al-Quran di dalam alas kaki yang dibelinya.

“Hasil siasatan mendapati kertas bercetak yang mengandung­i ayat suci ini dipercayai digunakan pihak tidak bertanggun­gjawab untuk dijadikan satu cara menampakka­n alas kaki itu lebih tebal berbanding alas kaki lain.

“Kita mengenal pasti pasar raya dan kedai yang menjual alas kaki ini dan Bahagian Penguat Kuasa Syariah JHEAT akan mengadakan operasi bersepadu bersama Kementeria­n Dalam Negeri (KDN),” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Pihaknya sudah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggun­gjawab meletak helaian al-Quran di tempat yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, sekiranya pengeluar produk berkenaan berada di negeri lain, JHEAT akan memanjangk­an perkara ini kepada pihak berkuasa agama di negeri berkenaan dan jika ia berlaku di Terengganu tindakan tegas akan diambil berdasarka­n peruntukan undang-undang sedia ada.

“Mana-mana pihak yang mengeluark­an produk ini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001) iaitu mana-mana orang yang mempersend­akan ayat al-Quran atau hadis boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA helaian kertas yang ditemui di dalam alas kaki.
ANTARA helaian kertas yang ditemui di dalam alas kaki.
 ??  ?? WAN Mohd menunjukka­n alas kaki yang mengandung­i ayat suci Al-Quran ketika sidang media di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
WAN Mohd menunjukka­n alas kaki yang mengandung­i ayat suci Al-Quran ketika sidang media di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia