Harian Metro

Monyet ‘pesta’ di rumah

-

Chukai: Satu keluarga yang berlindung di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik di sini, terkejut apabila rumah mereka berselerak dipercayai diceroboh monyet liar sebaik kembali ke rumahnya petang kelmarin.

Zainal Abdidin Kamalludin, 42, bersama isterinya, Yurneli Fahrudin, 45, dan lima anak berusia enam bulan hingga 13 tahun yang dibenarkan pulang ke rumah selepas pusat pemindahan itu ditutup jam 6 petang itu mendapati pakaian, barangan dapur bersepah manakala mesin basuh yang diletakkan di atas meja bagi mengelak daripada ditenggela­mi air juga terjatuh.

Menurutnya, dia yang berlindung di pusat pemindahan satu malam menganggap kejadian itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana selain berhadapan masalah selepas kediamanny­a dilanda banjir dan pula berhadapan dengan keadaan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia