Harian Metro

Tarikan sate tuna

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

„ Hasil inovasi usahawan muda pikat citarasa

Sate tuna antara makanan yang menjadi tumpuan pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2016 (MAHA 2016) di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini.

Menggunaka­n ikan tuna sirip kuning, makanan itu hasil inovasi seorang usahawan muda, Suzanna Ahmad, 31, dari Labuan, Sabah, sejak tiga bulan lalu.

Bukan sahaja berkhasiat dengan kandungan omega dan protein tinggi selain rendah kalori, rasanya juga lebih enak dimakan bersama kuah kacang serta nasi impit.

Suzanna berkata, dia mengambil masa seminggu untuk melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) menghasilk­an makanan itu selepas dicadangka­n oleh Jabatan Perikanan Labuan.

“Pemilihan sate ikan ini kerana mahu mempelbaga­ikan lagi pilihan sate di Labuan di samping mahu menggalakk­an masyarakat mengambil makanan berkhasiat.

“Penggunaan ramuan rempah ratus berkualiti menjadikan keenakan sate ini dengan rasa tersendiri,” katanya.

Katanya, pembabitan dalam MAHA 2016 untuk memperkena­lkan makanan itu kepada masyarakat di Semenanjun­g Malaysia kerana ia hanya popular di Labuan, Sabah.

“Kami bercadang mahu menembusi pasaran di Semenanjun­g Malaysia dalam bentuk makanan sejuk beku tahun depan.

“Setakat ini sambutan daripada pengunjung di MAHA 2016 terhadap produk ini menggalakk­an dan ia satu petunjuk positif,”katanya.

Menurutnya, dia dibantu 13 pekerja sudah tidak menang tangan menerima tempahan pelanggan yang beroperasi di Makmal Pemprosesa­n di Jabatan Perikanan Labuan.

 ??  ?? SUZANNA (tengah) menunjukka­n produk sate ikan tuna bersama kakitangan­nya pada pameran MAHA 2016.
SUZANNA (tengah) menunjukka­n produk sate ikan tuna bersama kakitangan­nya pada pameran MAHA 2016.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia