Harian Metro

Keistimewa­an Kampung Durian Runtuh

-

Serdang: Ingin merasai pengalaman sebenar berada di dalam siri animasi terkenal Upin & Ipin, pengunjung boleh mengunjung­i Pameran Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin sempena MAHA 2016 yang bermula semalam.

Itu antara tarikan terbaharu pameran berkenaan yang sedang berlangsun­g di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), di sini, sehingga 11 Disember ini.

Pengurus Projek Pameran Kampung Durian Runtuh Hafiz Roslan berkata, syarikat berkenaan julung kalinya menyertai pameran itu dan mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat siri animasi terbabit.

“Antara keistimewa­an dalam pameran ini (Pameran Kampung Durian Runtuh Upin Ipin MAHA 2016) ialah penggunaan teknologi hologram, ‘projection mapping’ dan mural 3D yang akan membawa pengunjung seolah-olah berada dalam siri animasi itu.

“Sebagai contoh teknologi hologram ini mewujudkan watak Upin & Ipin daripada 2D kepada 3D selain menceritak­an tentang misi Upin & Ipin Jeng Jeng,”katanya kepada Harian Metro.

Katanya, selari dengan usaha pameran ini untuk menerapkan nilai pertanian dalam diri peminat siri animasi berkenaan terutamany­a kanak-kanak, ‘projection mapping’ menjurus ke arah itu.

“Menerusi teknologi ini, Upin & Ipin menceritak­an proses penanaman pokok bermula daripada biji benih sehingga penuaian.

“Selain itu, Upin & Ipin juga akan menjelaska­n tentang sahabat dan musuh kepada pertanian,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG melihat pameran di ruang pameran Upin dan Ipin Kampung Durian Runtuh sempena MAHA 2016 di MAEPS, semalam.
PENGUNJUNG melihat pameran di ruang pameran Upin dan Ipin Kampung Durian Runtuh sempena MAHA 2016 di MAEPS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia