Harian Metro

‘Kurangkan keputusan bersifat tidak popular’

-

Kuala Lumpur: “Tolonglah beritahu kepada pemimpin di atas supaya apa juga keputusan yang hanya bersifat tidak popular tolong kurangkan, isu nasional yang akan membuat rakyat gelisah dan susah, tolonglah hindarkan. Susah mereka mahu menjawab dan mereka juga adalah rakyat yang merasai beban seperti orang lain,” kata perwakilan Wilayah Persekutua­n, Mohd Raffi Hassan.

Menurutnya, dalam keadaan kerajaan berdepan pelbagai isu, pemimpin di peringkat akar umbi sepertinya banyak menerima rungutan rakyat yang terbeban dengan pelbagai isu berbangkit seperti kos sara hidup yang semakin tinggi kebelakang­an ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an kepemimpin­an parti memperkema­skan lagi jentera untuk memperkasa­kan kepemimpin­an di peringkat cawangan yang akan memberi penerangan kepada rakyat di bawah.

“Hari ini kita juga berhadapan dengan satu krisis perpecahan kaum dan bangsa Melayu. Perlembaga­an negara dipertikai, cuba diperkosa dan sistem perundanga­n menjadi bahan permainan sehinggaka­n ada pihak yang mahu menukarnya mengikut kepentinga­n sendiri.

“Parti dan kerajaan sedang berhadapan dengan situasi getir. Rakyat lebih percaya dengan politik fitnah dan politik persepsi,” katanya ketika membahaska­n usul ucapan dasar presiden pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2016 di PWTC di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia