Harian Metro

Tuntut kuota 30 peratus

-

Kuala Lumpur: “Jangan hanya manis di bibir saja, sebelum pemimpin kita membuktika­n perjuangan kita belum selesai lagi. Selaku ketua, saya sudah dengar pelbagai janji, kita mendakap janji mereka, tetapi sebagai bekas peguam, saya mahu bukti kata-kata itu,” tegas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Jalil ketika menyampaik­an ucapan dasarnya bertemakan, Ibu Terbaik Bangsa pada Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, semalam.

Beliau menyuaraka­n tuntutan kepada pucuk pimpinan parti supaya kuota sebanyak 30 peratus diberikan kepada calon mewakili pergerakan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Menurutnya, pergerakan itu menaruh harapan yang tinggi supaya permintaan itu dipenuhi supaya lebih ramai wakil Wanita diberi peluang pada pilihan raya berkenaan.

“Apapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan bisik kepada Presiden kita (Datuk Seri Najib Razak). Saya faham, kita doakan supaya bisikan beliau diterima, saya nampak beliau tidak berjanji tetapi hanya kata ‘saya akan bisik kepada Presiden. Biarlah bisikan itu menjadi kenyataan,” katanya.

Terdahulu, suasana dalam dewan persidanga­n bergema dengan laungan “Salam 30 Peratus” dengan penuh semangat oleh seluruh perwakilan.

Shahrizat berkata, beliau menggesa supaya pucuk pimpinan parti tidak memperleke­hkan barisan tulang belakang parti itu yang selama ini berjuang mempertaha­nkan parti.

“Sabar seorang Wanita itu ada had, kata mesti dikota, jangan perlekeh atau permainkan Wanita. Presiden parti sendiri mengakui bahawa wanita adalah ibu yang menjadi tulang belakang kepada keluarga besar UMNO ini.

“Setiap kali pemimpin kita dihentam, difitnah, diserang dari segenap arah, siapa di barisan hadapan yang bangkit membenteng nakhoda kita. Jika bukan kita ibu terbaik bangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia