Harian Metro

Tabung Kemanusiaa­n Media Prima dah kumpul RM128,894

-

Kuala Lumpur: Sebanyak RM128,894.37 dikumpulka­n menerusi kutipan Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima sejak dilancarka­n seminggu lalu bagi membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman di Myanmar.

Inisiatif berkenaan dianjurkan Media Prima Berhad (Media Prima) bertujuan mengumpul dana bantuan kemanusiaa­n termasuk kegunaan perlindung­an dan perubatan bagi etnik berkenaan yang ditindas di tanah air mereka.

Kempen kutipan berlangsun­g selama dua bulan dan berakhir 25 Januari depan. Kutipan berkenaan diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan yang bakal diumumkan kelak.

Orang ramai boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun 5642-7652-2630 (Maybank), Maybank2u.com, pindahan wang melalui ATM, talian perbankan Kawanku, deposit tunai dan deposit cek di mesin Maybank serta kaunter Maybank.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia