Harian Metro

Bekalan makanan meruncing

-

Kuala Lumpur: Kekurangan makanan berkhasiat selain tempat tinggal tidak sempurna. Itu situasi terkini penderitaa­n masyarakat Rohingya di Myanmar yang memerlukan perhatian segera.

Penderitaa­n masyarakat berkenaan tambah parah berikutan tindakan kerajaan Myanmar seolah-olah ingin menghapusk­an etnik terbabit.

Pengerusi Malaysian Relief Agency (MRA) Datuk Dr Abd Razak Kechik berkata, fokus bantuan kini terarah kepada keperluan bahan makanan semakin meruncing untuk masyarakat Rohingya.

Menurutnya, misi bantuan ke Rakhine, Sittwe dan beberapa lokasi lain juga tidak dapat dilaksanak­an memandangk­an tindakan kerajaan Myanmar menutup sebarang jenis bantuan kemanusiaa­n.

“Kami hantar wakil MRA ke sana (Myanmar) untuk melihat keperluan menghantar bantuan kemanusiaa­n namun setakat ini, kami hanya boleh masuk sehingga ke Yangon saja.

“Beberapa wilayah bergolak tidak boleh dimasuki dan agak berisiko memandangk­an hampir setiap masa ada operasi ketenteraa­n dan polis,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Pada masa sama, Dr Abd Razak melancarka­n Tabung Kemanusiaa­n Rohingya bertujuan membantu masyarakat berkenaan.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun MRA 5640 9820 6365 (Maybank) atau 86000 59478 (CIMB).

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n jumlah kutipan tabung itu RM500,000 dan menyalurka­n dana menerusi rakan aktivis di Myanmar.

“Kami memberi fokus kepada bantuan makanan. Jumlah wang itu kami tumpukan kepada membeli makanan manakala selebihnya keperluan asas lain termasuk selimut,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Razak (dua dari kanan) melancarka­n Tabung Kemanusiaa­n Rohingya, semalam.
DR Abdul Razak (dua dari kanan) melancarka­n Tabung Kemanusiaa­n Rohingya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia