Harian Metro

Berbakti pada anak Rohingya

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Dia pernah ditawarkan bekerja sebagai kaunselor kewangan di sebuah institusi perbankan terkemuka namun memilih untuk menjadi ‘guru sukarela’ di sebuah sekolah khas untuk komuniti Rohingya di Cheras.

Lelaki tempatan berusia 24 tahun itu meneruskan khidmat bakti untuk mendidik anak Rohingya dan melupakan tawaran gaji lumayan dan bertugas di pejabat berhawa dingin.

Ubaidullah Aidiro beranggapa­n dia tidak sesuai bekerja sebegitu, tetapi mengakui menemui ‘jiwanya’ untuk mengajar anak Rohingya biarpun hanya sebagai guru sukarelawa­n.

“Jiwa saya memang dalam aktiviti kesukarela­wanan dan kemanusiaa­n. Sejak menuntut di institusi pengajian tinggi lagi, saya memang aktif terutama bersama Malaysian Relief Agency (MRA).

“Mungkin minat saya terterap untuk membantu orang lain, sekali gus kumpulan dibantu itu mendapat manfaat dalam hidupnya. Perkara itu lebih melegakan saya dan menggembir­akan daripada gaji lumayan,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini, semalam.

Ubaidullah yang juga lepasan siswazah dalam jurusan

„ Pemuda tolak tawaran bank gembira sebagai ‘guru sukarela’

pendidikan dan bimbingan kaunseling berkata, dia menawarkan khidmat baktinya untuk mendidik anak Rohingya sebaik menamatkan pengajian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia