Harian Metro

‘Masa bertemu di syurga...’

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

“Dengan izin Allah, semoga kita ketemu di syurga insya-Allah. Selamat tidur abah. Insya-Allah kita berjalan bersama-sama ke syurga di akhirat nanti,” luah anak lelaki kepada pendaki yang ditemui meninggal dunia di Gunung Damawand, Iran, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50.

Syed Syaqir Adhli yang memuat naik luahan itu menerusi akaun Instagramn­ya turut mengenang kembali saat menerima berita pemergian bapa tercintany­a.

“Sebaik menerima berita pemergian abah, hanya badan dan tangan yang bergerak mengemas bagi segera pulang ke rumah. Sudah dapat aku bayangkan bagaimana suasana di rumah nanti.

“Pelbagai pesanan ringkas dan panggilan telefon menerjah masuk macam tsunami. Namun, hanya terus berdering di dalam poket. Tidak mampu untuk aku jawab mahupun balas.

“Hanya doa dan percaya kepada qada dan qadar Allah SWT yang membuatkan aku mampu berdiri. Pinjaman kepada kami hanya sementara dan tidak kekal buat selamanya,” katanya.

Syed Syaqir Adhli turut menceritak­an kembali memori semasa arwah bapanya memulakan aktiviti lasak seperti berlari, berenang, berbasikal dan mendaki satu ketika dulu.

“Abah rancang nak bawa semua anak panjat Gunung Everest lagi dua tahun. Tapi Allah SWT Maha Perancang, Dia lebih mengetahui.

“Abah mulakan semua aktiviti lasak. Sehinggala­h ketiga-tiga anak lelaki dapat ikut perlumbaan maraton bersama, berbasikal dari rumah ke Putrajaya dan mendaki Gunung Kinabalu,” katanya.

Syed Syaqir Adhli sempat meluahkan rasa syukur kerana mengikut nasihat arwah bapanya supaya mengambil bidang Pengajian Bahasa Arab ke peringkat lebih tinggi.

“Ayah paksa ambil pengajian Arab supaya adik (Syed Adhli) dapat keluarkan dan faham hukum al-Quran kalau mahu ambil bidang perundanga­n. Senang untuk berdakwah dan juga untuk akhirat nanti.

“Daripada tiada minat walaupun sedikit dalam bidang Arab dan hanya dapat markah cukup-cukup makan untuk Bahasa Arab semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kini Bahasa Arab adalah jiwaku.

“Susah untuk meninggalk­an subjek Arab. Abah kata abah nak adik belajar Arab terus sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD). Mampukah aku?” katanya.

Syed Syaqir Adhli yang reda atas pemergian bapa tersayangn­ya turut mendoakan supaya urusan membawa pulang jenazah arwah bapanya dari Tehran ke Kuala Lumpur dipermudah­kan.

“Adik dedikasika­n tugasan video yang akan dipertandi­ngkan di peringkat antarabang­sa untuk abah. Adik hanya mahu seluruh dunia doakan kesejahter­aan abah di alam sana. Insya-Allah,” katanya.

Syed Redzuan ditemui mati di Yakhar Glacier pada jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (jam 5.45 petang) selepas enam hari dilaporkan hilang.

Allahyarha­m bersama rakannya, Ramli Abdul Majid, 44, hilang ketika berada pada ketinggian 4,200 meter di Gunung Damavand pada 20 November lalu. Dia bersama anggota kumpulan pendaki yang lain memulakan ekspedisi pada 17 November dan sepatutnya pulang 23 November lalu.

 ?? Syed Syaqir Adhli ?? PAPARAN Instagram Syed Syaqir Adhli.
Hanya doa dan percaya kepada qada dan qadar Allah SWT yang membuatkan aku mampu berdiri”
Syed Syaqir Adhli PAPARAN Instagram Syed Syaqir Adhli. Hanya doa dan percaya kepada qada dan qadar Allah SWT yang membuatkan aku mampu berdiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia