Harian Metro

Gangguan bekalan air 6 Disember

-

Beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling mengalami gangguan bekalan air sementara mulai jam 8 pagi pada 6 Disember ini hingga jam 4 pagi pada 7 Disember berikutan kerja menaiktara­f Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Bantuan bekalan air hanya dihantar melalui lori tangki ke kawasan yang tidak mendapat bekalan di Zon yang sepatutnya mendapat bekalan air.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak Nama & Alamat.

Maklumat terkini mengenai kerja menaiktara­f loji ini boleh merujuk kepada www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, Facebook ‘Puspel Syabas’ atau ‘Air Selangor’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia