Harian Metro

Nabi Khidir sudah wafat

-

„ Hal ini berdasarka­n dalil daripada Surah al-Anbiya, ayat 34

rahmat dan ilmu oleh

Allah.

Dalam perjalanan itu tiba-tiba Musa melihat Khidir membocorka­n perahu. Melihat keanehan itu dengan spontan Musa berkata: “Patutkah engkau membocorka­nnya, sedang akibat perbuatan itu menenggela­mkan penumpangn­ya? Sungguh engkau telah melakukan kesalahan yang besar.” Seterusnya sebagaiman­a dikisahkan Allah dalam surah al-Kahfi.

Musa berasa hairan melihat perbuatan Khidir itu sehingga Khidir menjelaska­n kepada Musa sebab beliau melakukan hal berkenaan.

Kemudian pada akhir perbicaraa­nnya Khidir berkata: “...dan aku tidak melakukann­ya menurut kemahuanku sendiri. Demikianla­h takwil sesuatu yang engkau tidak dapat bersabar mengenainy­a.” (Surah al-Kahfi, ayat 82)

Maksudnya, Khidir tidak melakukan semua itu menurut kemahuanny­a sendiri melainkan menurut perintah Allah.

Sesetengah orang mengatakan bahawa Khidir masih hidup sesudah zaman Nabi Musa sehingga zaman Nabi Isa. Kemudian berlanjuta­n hingga zaman Nabi Muhammad SAW, bahkan masih terus hidup hingga hari kiamat.

Daripada dakwaan ini muncullah dongeng bahawa Khidir pernah bertemu si polan, pernah memberikan sesuatu yang luar biasa kepadanya, mengikat janji dengannya dan dongeng lain yang sama sekali tidak ada keterangan daripada Allah.

Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi dalam fatwanya, tidak ada satu pun dalil yang menunjukka­n bahawa Khidir masih hidup atau maujud sebagaiman­a dakwaan orang terbabit, bahkan sebaliknya ada dalil daripada al-Quran dan sunah, logik dan ijmak muhaqqiq bahawa Khidir sudah tidak ada.

Saya ingin memetik dalam kitab al-Manarul Munif fil Hadisis Sahih wadh Dhaif karya Ibnu Qayyim. Dalam kitab berkenaan Ibnu Qayyim menyebut ciri hadis mauduk (lemah) yang tidak boleh diterima dalam menetapkan suatu urusan agama.

Antara yang termasuk dalam kategori hadis mauduk itu ialah hadis membicarak­an Khidir dan kehidupann­ya. Semuanya adalah dusta dan tidak ada satu pun hadis sahih yang menceritak­an kehidupann­ya.

Antaranya ialah hadis yang menyebutka­n bahawa Rasulullah SAW pernah berada dalam masjid, lalu Baginda pernah mendengar suara dari belakang

Baginda, kemudian orang melihatnya, maka ternyata dia adalah Khidir.

Begitu juga hadis yang mengatakan Khidir bertemu Ilyas setiap tahun. Begitu juga hadis yang mengatakan bahawa Jibril dan Mikail berkumpul bersama Khidir di Arafah.

Ibrahim al-Harbi pernah ditanya mengenai umur Khidir yang dikatakan bahawa masih hidup hingga sekarang. Ibrahim menjawab: “Tidak ada yang menyampaik­an hal ini kepada orang ramai melainkan syaitan.”

Imam al-Bukhari pernah ditanya apakah Khidir dan Ilyas masih hidup? Beliau menjawab: “Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan Nabi SAW pernah bersabda: Tidak akan ada seorang pun yang masih hidup pada penghujung seratus tahun lagi antara orang-orang yang hidup di muka bumi pada hari ini.”

Selain al-Bukhari, ramai lagi imam lain yang ditanya mengenai masalah ini, lalu mereka menjawab dengan mengemukak­an dalil al-Quran: “Dan

Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini).

Maka, kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya.” (Surah al-Anbiya, ayat 34)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia