Harian Metro

Bergerak ke arah korporat

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

„ ANGKASA beri tumpuan perkasa sektor koperasi teroka peluang di peringkat global

Aktiviti dan program perniagaan koperasi perlu dipertingk­atkan dengan pengenalan sektor baharu bagi membolehka­n ia memberi impak kepada ahli termasuk meneroka peluang di peringkat global.

Bagi tujuan itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sentiasa memberikan tumpuan bagi memperkasa­kan lagi sektor koperasi di negara ini sesuai dengan peranannya sebagai penggerak pembanguna­n ekonomi rakyat serta mewujudkan kestabilan dan kehidupan lebih berkualiti.

Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, melalui transforma­si koperasi, peranan gerakan itu dalam membantu pembanguna­n ekonomi negara akan lebih menyeluruh dan sejak tiga tahun lalu, ANGKASA memainkan peranan penting dalam membimbing, memaju dan menyebarlu­askan potensi perniagaan koperasi supaya produk dan perkhidmat­an koperasi menjadi pilihan utama orang ramai.

Katanya, koperasi hari ini perlu bergerak ke arah korporat dengan pelbagai inisiatif dijalankan melalui insentif daripada kerajaan, berada di lapisan utama untuk membantu masyarakat merasai nikmat ekonomi menerusi aktiviti yang lebih bersifat komuniti seperti dilakukan ketika ini.

“Antara kegagalan kapitalis yang sering berlaku ialah mereka gagal bersama sebagai satu jemaah tetapi koperasi tidak. Apa yang dilakukan koperasi ialah secara jemaah kerana ia dipunyai oleh ahli. Kita ada jaringan yang besar, kita ada lapan juta ahli yang sudah tentu boleh menggerakk­an pelbagai peluang,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, di Malaysia, peningkata­n kepercayaa­n rakyat terhadap koperasi terus meningkat dengan statistik 13,247 koperasi berdaftar, syer (RM13.81 bilion), aset (RM 123.27 bilion) dan jumlah perolehan sebanyak RM33.56 bilion.

Menurutnya, hal itu menunjukka­n perangkaan membabitka­n sektor koperasi begitu besar dengan kira-kira 25 peratus penduduk Malaysia menjadi anggota yang secara tidak langsung membantu perkembang­an ekonomi negara.

“Ketika ini, kita menjalinka­n kerjasama baik dengan agensi kerajaan termasuk Suruhanjay­a Koperasi Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia dalam usaha memperkuat­kan agenda koperasi memajukan negara. Alhamdulil­lah, semuanya baik dan kita mengharapk­an lebih banyak yang tampil bersama-sama kita selepas ini,” katanya.

Katanya, kekuatan itu perlu dilihat kerajaan kerana peratusan kejayaan koperasi adalah lebih baik berbanding Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan transforma­si yang dilakukan perlu dipergiatk­an bagi menentukan kestabilan negara secara keseluruha­nnya.

Beliau yang juga Presiden Koperasi ASEAN berkata, ANGKASA terpilih dalam kalangan negara anggota ICA untuk menjadi tuan rumah Persidanga­n ICA Global dan Perhimpuna­n Agung Koperasi pada 14 hingga 17 November 2017 dengan penganjura­n MACCOPS iaitu ekspo pelbagai produk dan perkhidmat­an koperasi Malaysia dan sesi pemadanan perniagaan turut disediakan untuk memberi peluang koperasi Malaysia meluaskan pasaran produk mereka.

“Menerusi gerakan ICA, kita meletakkan matlamat untuk terus memajukan lagi sektor pembuatan makanan dan perladanga­n di Malaysia. Ia penting kerana kita menjangkak­an menjelang 2050, jumlah penduduk dunia akan meningkat kepada sembilan bilion orang,” katanya.

 ??  ??
 ?? Abdul Fattah ?? ANGKASA memainkan peranan penting dalam membimbing, memaju dan menyebarlu­askan potensi perniagaan koperasi supaya produk dan perkhidmat­an koperasi menjadi pilihan utama orang ramai”
Abdul Fattah ANGKASA memainkan peranan penting dalam membimbing, memaju dan menyebarlu­askan potensi perniagaan koperasi supaya produk dan perkhidmat­an koperasi menjadi pilihan utama orang ramai”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia