Harian Metro

Terbit buku hasil penyelidik­an 8 tahun

-

Kuala Lumpur: Didorong semangat cintakan ilmu pengetahua­n serta keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat, Pengerusi Zilzar Tech Sdn Bhd Datuk Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack menghasilk­an buku yang berjudul The Malay Leadership Mystique.

Buku setebal 258 muka surat itu hasil penyelidik­an beliau selama lapan tahun dalam usaha untuk memahami masyarakat Melayu serta kualiti kepimpinan mereka melalui kanta klinikal.

Vaseehar yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan perbankan menggunaka­n pelbagai kaedah pendekatan untuk menghasilk­an buku berkenaan.

“Antara kaedah yang digunakan adalah kajian budaya, kumpulan tumpuan, menemubual pakar serta menggunaka­n teori psikologi kumpulan yang besar untuk menjelaska­n bagaimana penjajahan dan feudalisme memberi kesan kepada kepimpinan Melayu dalam politik dan perniagaan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku berkenaan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tan Sri Arshad Ayub, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menitahkan semua hospital di negeri ini dilengkapi sistem pencegahan keselamata­n yang efisien dan berfungsi dengan baik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Baginda bertitah, setiap kemudahan kesihatan di hospital lama perlu diberi perhatian dan penjagaan yang lebih teliti.

“Setiap peralatan yang rosak perlu segera diganti supaya tidak mendatangk­an risiko kepada pesakit dan pegawai perubatan.

“Semua pegawai dan kakitangan hospital harus sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n atau situasi kecemasan yang mungkin akan berlaku,” titah baginda ketika merasmikan Hospital Shah Alam di sini, semalam.

Turut berangkat hadir, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin; Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Dalam tempoh Januari hingga September lalu, seramai 45,456 pesakit mendaftar di klinik pakar hospital itu manakala Jabatan Kecemasan merekodkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia