Harian Metro

MENCARI BAWAH RUNTUHAN

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Usaha mencari mangsa terakhir runtuhan jejantas konkrit KL Eco City, Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar di sini, dilakukan sejak 3.30 petang kelmarin dihentikan selepas mangsa didapati tidak wujud.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu ditamatkan selepas pasukan penyelamat mengesahka­n hanya seorang mangsa maut manakala lima yang lain parah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Ruhisha Haris berkata, 68 anggota penyelamat terbabit dalam operasi SAR bermula jam 8 pagi semalam.

“Operasi dibahagika­n kepada tiga

sektor membabitka­n pelbagai agensi diketuai Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) bagi mempercepa­tkan usaha pencarian.

“Selepas operasi dijalankan bersama unit anjing pengesan (K-9) pihak kami yakin dan berpuas hati tiada lagi mangsa terperangk­ap di bawah runtuhan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Agensi lain yang turut membantu dalam operasi SAR termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ruhisha, dua anjing pengesan K-9 digunakan dalam operasi itu tidak menunjukka­n petanda atau mengesan mangsa yang kemungkina­n masih berada di bawah runtuhan jejambat itu.

“Sehubungan itu, pihak kami secara rasmi menutup sepenuhnya operasi SAR di lokasi ini jam 11 pagi (semalam).

“Bagaimanap­un anggota bomba tetap bersiap sedia di lokasi sekiranya kerja pembersiha­n dijalankan pihak pemaju atau kontraktor ada menemui mayat selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membantu mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada polis.

“Maklumat mengatakan terdapat seorang mangsa berada di bawah runtuhan itu diperoleh daripada seorang pekerja.

“Namun, ketika kejadian dia berada agak jauh dari lokasi. Dia mendakwa jejambat konkrit itu runtuh lima minit selepas dia meninggalk­an lokasi untuk pergi ke kawasan rehat,” katanya.

Katanya, pihak pemaju juga membuat kiraan ke atas pekerja dan mendakwa seorang pekerja hilang.

“Bagaimanap­un, ketika pihak kami meminta nama pekerja yang hilang, mereka tidak dapat mengemukak­annya.

>>Tidak tolak kemungkina­n ada mangsa terjatuh ke dalam sungai „ Pasukan penyelamat sahkan tiada lagi mangsa terperangk­ap

“Pihak kami juga tidak menolak kemungkina­n terdapat mangsa jatuh ke dalam sungai berhampira­n,” katanya.

Sehingga semalam, hanya enam mangsa terbabit iaitu seorang daripada mereka maut manakala dua mangsa kritikal, seorang parah di kaki, seorang dilaporkan stabil, manakala seorang lagi cedera ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia