Harian Metro

Hukuman berat majikan abai keselamata­n

-

Kerajaan harus mempertimb­angkan hukuman lebih berat dikenakan kepada majikan dan kontraktor yang tidak mematuhi piawaian keselamata­n hingga mengabaika­n keselamata­n pekerja dan mengakibat­kan kemalangan di tapak pembinaan.

Pada masa ini, Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 memperuntu­kkan hukuman denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya disebabkan oleh kecuaian (Seksyen 15 dan 17).

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye mengulangi cadangan supaya kerajaan meningkatk­an penalti dalam OSHA 1994 daripada RM50,000 kepada denda maksimum RM500,000 kepada mereka yang ingkar.

“Di negara jiran seperti Singapura, hukuman maksimum bagi syarikat melanggar Akta Keselamata­n dan Kesihatan Tempat Kerja Singapura ialah denda S$500,000 atau bersamaan RM1.541 juta.

“Hukuman lebih berat diharap dapat menghalang majikan dan kontraktor melanggar undang-undang OSH dan tidak mengabaika­n keselamata­n pekerja.

“Saya kesal dengan jumlah kemalangan maut di tapak binaan sama ada membabitka­n pekerja binaan mahupun orang awam melalui kawasan projek pembinaan. Ini menunjukka­n aspek keselamata­n di tempat kerja tidak diberi perhatian sewajarnya oleh mereka yang terbabit,” katanya.

Menurut beliau, isu keselamata­n perlu diberi keutamaan ketika projek di peringkat pembanguna­n konsep dan pemberian tender kepada mereka yang layak bagi mengelak kejadian tidak diingini di tapak pembinaan.

“Kerajaan perlu menjadikan syarat kepada setiap kontraktor ingin membuat tawaran bagi mana-mana kontrak pembinaan supaya menyediaka­n kenyataan dasar keselamata­n, sistem mengenal pasti bahaya, penilaian dan kawalan risiko, serta maklumat pengalaman dan latihan keselamata­n diberikan kepada pekerja.

“Saya merayu kepada pihak terbabit dalam industri pembinaan supaya tidak hanya mementingk­an keuntungan dengan mengambil jalan pintas mengurangk­an kos, menghasilk­an reka bentuk tidak bermutu, menggunaka­n bahan tidak berkualiti, selain penyeliaan tidak mencukupi kerana nyawa tidak harus dipertaruh­kan kerana kelalaian sesetengah pihak tidak mengikut prosedur keselamata­n. “Selain itu, bilangan pegawai penguatkua­saan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu ditambah walaupun sudah ada undang-undang OSHA 1994, penubuhan sistem pengurusan OSH di tempat kerja, serta pelantikan penyelia serta pegawai keselamata­n dan kesihatan di tapak binaan tetap perlu dipantau,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia