Harian Metro

SP Setia siasat bersama

-

Kuala Lumpur: Pasukan projek SP Setia sedang menjalanka­n siasatan bersama pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian runtuhan jejantas di KL Eco City, Bangsar petang kelmarin.

SP Setia dalam satu kenyataan hari ini memaklumka­n, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sudah menamatkan operasi pencarian 11.00 pagi semalam.

“Ia berikutan anjing pengesan K-9 tidak mengesan sebarang petanda terdapat mangsa masih terperangk­ap.

“Setakat ini seorang mangsa meninggal dunia, lima cedera dan seorang pekerja masih belum dapat dikesan,” katanya.

Menurutnya, semua kerja pembinaan di tapak projek itu diteruskan seperti biasa kecuali di kawasan jambatan yang runtuh.

“Pihak kami mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit.

“Keadaan mangsa yang cedera dimasukkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia