Harian Metro

Robot disleksia

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

„ Bacabot bantu kanak-kanak masalah pembelajar­an kuasai kemahiran lebih mudah

Kanak-kanak khususnya yang menghidap penyakit disleksia di negara ini kini boleh belajar dengan lebih mudah seperti insan normal menerusi aplikasi Bacabot yang dihasilkan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketua Penyelidik Prof Dr Zulikha Jamaludin berkata, Bacabot aplikasi membantu kanak-kanak disleksia khasnya untuk membaca dengan betul, malah membantu mereka meningkatk­an keupayaan mengira.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit juga dapat meningkatk­an keupayaan belajar bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan matematik melalui cara yang boleh disesuaika­n mengikut keupayaan masing-masing.

“Kami guna robot untuk menarik minat pelajar dengan cara lebih mudah dan mereka boleh memilih sama ada guna robot, komputer riba atau tablet (multiplatf­orm).

“Uniknya, aplikasi ini sangat fleksibel kerana pangkalan datanya boleh capai dan disesuaika­n oleh guru dan ibu bapa seperti kemas kini data, menambah data, ayat dan frasa, selain mempunyai ciri membantu murid membaca, mendengar dan merakam jawapan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau yang juga pensyarah dari Pusat Pengajian Pengkomput­eran (SoC) UUM berkata, Bacabot dibangunka­n hasil penyelidik­an bersama pensyarah lain iaitu Dr Husniza Husni, Dr Mustafa Muwafak Theab Alobaedy dan Dr Azizi Ab Aziz juga dari SoC.

Dr Zulikha berkata, idea menghasilk­an Bacabot itu muncul selepas kajian sejak 2007 dengan menghasilk­an kerangka kerja untuk membantu murid sehingga terhasil beberapa prototaip seperti BacaMax, ARBaca, Mybaca dan BacaDislek­sia yang sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Menurutnya, hasil penggunaan aplikasi itu terhadap pelajar membolehka­n pasukannya merangkul pingat emas pada Pertanding­an Reka Cipta dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta 2016 (PERINTIS), baru-baru ini.

Katanya, selain Bacabot, beliau merangkul pingat emas menerusi Autism Social Aid yang diusahakan bersama penyelidik Universiti Teknologi Petronas (UTP).

 ??  ?? DR ZULIKHA menunjukka­n model robot bagi aplikasi Bacabot yang merangkul pingat emas dalam PERINTIS 2016, baru-baru ini.
DR ZULIKHA menunjukka­n model robot bagi aplikasi Bacabot yang merangkul pingat emas dalam PERINTIS 2016, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia