Harian Metro

Waspada saki-baki militan Maute

-

Pasukan keselamata­n dikerah memperting­katkan kawalan khususnya di sempadan perairan Sabah bagi memastikan negara tidak dicerobohi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, ia berikutan kebimbanga­n kerajaan kemungkina­n saki-baki anggota kumpulan militan Maute di Mindanao yang berbai’ah dengan Daish yang digempur tentera Filipina, Ahad lalu cuba menyusup ke Malaysia.

Beliau menegaskan, perkembang­an di Mindanao menuntut semua pihak melihat isu berkenaan secara serius selain tidak dipolitikk­an.

“Angkatan Tentera Filipina melancarka­n serangan ke atas kedudukan kumpulan Maute di Butig, Lanao del Sur, Mindanao pada 27 November lalu.

“Susulan operasi serangan itu, ada kemungkina­n saki-baki anggota kumpulan militan ini cuba mendapatka­n perlindung­an di kawasan tertentu di rantau ini termasuk Malaysia,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia