Harian Metro

Didenda RM3,000 curi telefon bimbit RM1,300

-

Seorang pengawal keselamata­n didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mencuri dua telefon bimbit milik seorang penyambut tetamu hotel membabitka­n kerugian berjumlah RM1,300 Selasa lalu.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Muhammad Zaidi Salleh, 31, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan mencuri telefon bimbit milik R Rutheyshen, 22, di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada jam 2.40 pagi 29 November lalu.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia