Harian Metro

Raya rayu keputusan

-

Pihak pendakwa raya memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen Ipoh yang melepaskan seorang graduan perubatan atas pertuduhan merosakkan objek suci bagi penganut agama Hindu dan memiliki parang.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, rayuan itu dibuat semalam selepas pihak pendakwa raya tidak berpuas hati dengan perintah hakim terhadap Fathi Munzir Nadzri, 29.

Katanya, kelmarin hakim Mahkamah

Sesyen Ipoh memutuskan tertuduh, Fathi Munzir melakukan kesalahan mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan namun ketika kesalahan itu dilakukan tertuduh tidak waras.

“Berikutan itu, beliau (hakim) membuat perintah mengikut

>>Sarung tangan ditemui di bahagian depan di bawah tempat duduk pemandu

Seksyen 347 yang dibaca bersekali dengan Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah untuk melepaskan tertuduh dengan amaran dan diletakkan di bawah jagaan keluarga.

“Bagi pertuduhan mengikut subseksyen

6(1) Akta 357 pula, hakim Mahkamah Sesyen turut melepas dan membebaska­n tertuduh,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Fathi Munzir dituduh atas dua kesalahan iaitu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana merosakkan objek suci bagi penganut agama Hindu manakala pertuduhan kedua mengikut subseksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Disemak 1988) [Akta 357] kerana memiliki sebilah senjata parang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia