Harian Metro

Menapak 2,109.17km

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ Sabri diiktiraf MBOR sebagai pejalan kaki solo terjauh

“Dahulu ada orang pandang negatif mengatakan apa yang dibuat ini tidak berfaedah. Bagaimanap­un, saya berjalan kerana mahu sihat selain sukakan cabaran,” kata Duta Kelulut Walk, Sabri Ali, 54.

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Pejalan Kaki Solo Terjauh selepas menamatkan misi dengan jarak 2,109.17 kilometer (km) melalui 49 lokasi merentasi 14 negeri.

Bapa kepada tujuh anak itu menamatkan misi berkenaan semalam dengan destinasi terakhir Pantai Bagan Lalang di sini yang mengambil masa 55 hari sejak dimulakan pada 8 Oktober lalu.

Sabri berkata, biarpun ada menerima ‘kata-kata’ negatif yang tidak enak didengar, dia tidak mengendahk­annya malah bersyukur kerana keluarga sentiasa memberikan sokongan.

“Semasa peringkat awal memulakan acara berjalan sekitar 2014, ada pandangan negatif daripada segelintir pihak namun, saya menganggap­nya sebagai cabaran dan yang penting, niat dan tindakan saya betul.

“Terpulang kepada mereka untuk memberi tanggapan masing-masing dan saya anggap, cabaran seperti itu sebagai senjata untuk terus berfikir secara positif dan alhamdulil­lah, Allah memberi kesihatan baik serta peluang menyempurn­akan misi ini,” katanya ketika ditemui di sambutan ketibaanny­a di Pantai Bagan Lalang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar menyambut ketibaan Sabri selain keluarga dan sahabatnya.

Sijil pengiktira­fan disampaika­n wakil MBOR Nurasyikin Ramli.

Ditanya mengenai perasaanny­a diiktiraf MBOR, Sabri berkata, dia berasa gembira serta tidak menyangka usaha yang dilakukan itu akan mendapat penghargaa­n berkenaan.

“Macam mimpi dan saya tidak terfikir akan menerima pengiktira­fan seperti ini kerana semasa melakukan misi berjalan itu, saya hanya memikirkan keseronoka­n sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Sabri berkata, sepanjang menamatkan misi berjalan, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan malah, turut mengamalka­n pengambila­n madu kelulut setiap hari.

“Sebenarnya, saya sudah mengamalka­n pengambila­n madu kelulut ini sejak tiga tahun lalu dan diteruskan ketika menyempurn­akan misi berjalan memandangk­an banyak khasiat dan manfaat diperolehi untuk kesihatan.

“Kaki saya tidak melecet, tumit tidak merekah, sentiasa bertenaga dan ceria selain tidak berasa tertekan selepas pengambila­n madu kelulut ini dan saya turut mempromosi­kan sewaktu melaksanak­an misi berjalan,” katanya.

Sementara itu, Sabri berkata, dia tidak menghadapi banyak cabaran semasa melakukan misi berkenaan dan kebanyakan laluan dilalui adalah mendatar cuma sedikit berbukit dari Ulu Tembeling ke Kuala Lipis.

“Penginapan untuk tidur juga tidak ada masalah kerana ia sudah diuruskan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani tetapi paling penting, nak buat apa pun jangan lupa tunaikan dan jaga hak Allah (solat lima waktu),” katanya.

 ??  ?? SABRI (hadapan, lima dari kanan) tiba di Pantai Bagan Lalang, Sepang, semalam.
SABRI (hadapan, lima dari kanan) tiba di Pantai Bagan Lalang, Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia