Harian Metro

Kejamnya kau!

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

>>Tindakan Ruby Nayan mendapat pujian netizen di laman sosial

„ Tindakan wanita sumbat kucing dalam kotak dikecam

Seorang wanita bertindak ‘kejam’ apabila menyumbat seekor anak kucing di dalam kotak kecil sebelum ditutup rapi menggunaka­n pelekat hingga menyebabka­n haiwan itu sesak nafas.

Wanita terbabit kemudian membuang kotak itu di hadapan sebuah premis di Batang Kali, di sini, lewat malam kelmarin.

Perbuatan itu bagaimanap­un dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan sebelum menjadi viral di media sosial.

Anak kucing itu bagaimanap­un diselamatk­an seorang wanita dikenali sebagai Ruby Nayan yang membuka bungkusan kotak berkenaan, pagi semalam.

Anak kucing itu ditemui dalam keadaan hampir kelemasan di dalam kotak yang dibungkus menyerupai bungkusan penghantar­an pos.

Tindakan Ruby Nayan mendapat pujian netizen di laman sosial selepas haiwan malang itu dapat diselamatk­an segera daripada mati.

Malah, ada antara mereka meluahkan rasa kecewa dengan tindakan individu yang membuang kucing itu yang disifatkan cubaan membunuh.

Sementara itu, Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid menyelar tindakan aneh wanita yang membuang kucing itu.

“Kalau tidak suka kucing, jangan buat perkara sebegini. Banyak cara yang lebih bagus seperti hantar ke Pusat Jagaan Kucing Jalanan atau sebarkan di Facebook kelab-kelab pencinta kucing.

“Pasti akan ada individu yang meminati kucing berkenaan. Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW dan Islam turut mengajar kita supaya jangan menyakiti haiwan,” katanya. Khalid berkata, memang ramai yang tidak menyukai kucing kerana takut dan alah kepada bulu kucing.

“Kalau tak suka kucing masuk ke rumah letak makanan di luar rumah. Setakat makanan kucing yang murah, janganlah berkira,” katanya.

Dia berkata, pemilik kucing yang tidak mahu kucing peliharaan mereka membiak dinasihati melakukan proses memandulka­n haiwan.

 ??  ?? ANAK kucing yang diselamatk­an daripada mati kelemasan. Gambar kiri, rakaman CCTV yang merakam tindakan wanita terbabit.
ANAK kucing yang diselamatk­an daripada mati kelemasan. Gambar kiri, rakaman CCTV yang merakam tindakan wanita terbabit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia