Harian Metro

Dah penat sabar

- Siti Farahiyah Aziz am@hmetro.com.my

„ 64 keluarga berang 23 tahun syarikat hartanah gagal tunai janji beri pampasan rumah

“Sampai bila perlu tunggu? Kami mahu rumah bukan tanah!” luah 64 keluarga bekas pekerja Ladang Sungai Belata, Kerling, Hulu Selangor, semalam.

Seramai 64 keluarga bekas pekerja ladang itu membuat protes di hadapan Syarikat Land and General Sdn Bhd (L&G) menuntut hak mereka ke atas syarikat hartanah terbabit membina rumah teres kos rendah seperti dijanjikan anak syarikatny­a Lembah Beringin Sdn Bhd pada 2002.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Bekas Ladang Sungai Belata Muniandy Thangavelu berkata, selepas 23 tahun menunggu tempoh pembinaan rumah teres kos rendah itu, mereka kesal apabila syarikat hartanah terbabit hanya mahu menggantik­annya dengan tawaran tanah di kawasan lain.

“Cadangan itu sudah berubah daripada perjanjian asal dan kami tidak setuju dengan cadangan itu kerana lokasi yang jauh dari kawasan sepatutnya dan ia adalah tanah pertanian,” katanya ketika ditemui pada protes kegagalan pembinaan rumah teres kos rendah di 8trium, Sri Damansara, di sini, semalam.

Setiausaha Jawatan kuasa Bertindak Bekas Ladang Sungai Belata Vijayakuma­r Gopal berkata, sudah terlalu lama menunggu dan kali ini mereka sudah tidak boleh menahan tahap kesabaran sehingga bertindak melakukan protes.

“Bapa saya pun sudah meninggal, begitu juga kebanyakan daripada mereka.

“Kita bukan orang kaya tapi miskin. L&G sepatutnya hormat bekas pekerja ladang dan harap 64 rumah dijanjikan itu siap,” katanya.

Menurutnya, pada 2002 Syarikat Lembah Beringin Sdn Bhd menjanjika­n pembinaan 64 rumah kos rendah kepada 64 bekas pekerja Ladang Sungai Belata dan mereka sudah menandatan­gani perjanjian terbabit.

“Bagaimanap­un, syarikat terbabit bankrap pada 2006,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Khas L&G Abdul Hamid Md Yusof berkata, pihaknya akan menyelesai­kan masalah tanah terlebih dulu kerana tanah perumahan yang dijanjikan itu masih dalam proses mahkamah akibat penggulung­an syarikat pemaju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia