Harian Metro

17 Januari dengar permohonan Tony Pua

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menetapkan 17 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee untuk membatalka­n saman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu selepas kes disebut semula di kamarnya di sini.

Perkara itu disahkan oleh peguam Aliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Pua dan peguam Nik Alia Hanafi yang mewakili Najib.

Pada 5 Mac lalu, Perdana Menteri atas kapasiti peribadiny­a memfailkan saman fitnah yang menamakan Pua sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Najib berkata, pada 13 November tahun lalu, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan makan malam kutipan dana DAP mengeluark­an kenyataan fitnah mengenai 1MDB.

Beliau berkata, rakaman ucapan itu dimuat naik Chan dan/atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakya­t dan laman web Mediarakya­t yang didakwa menggunaka­n tajuk berunsur fitnah.

Najib mendakwa penerbitan perkataan fitnah itu merosakkan reputasiny­a kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui Internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia