Harian Metro

Baru 11 tahun dah ketagih

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

„ Tangkapan tertinggi di kawasan PPR akibat budaya setinggan dalam kalangan penghuni

Usia baru mencecah 11 tahun namun seorang kanak-kanak sudah terjebak dengan gejala penagihan dadah akibat pengaruh jiran tetangga.

Itu antara kebimbanga­n disuarakan susulan peningkata­n golongan penagih dadah mendiami kawasan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota.

Malah, lebih memburukka­n keadaan apabila ada ibu bapa bersubahat atau menutup rahsia anak mereka menagih dadah dari pengetahua­n pihak berkuasa.

Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op Bah) Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Azman Mahmood berkata, persekitar­an di kawasan PPR yang terdedah persekitar­an negatif menyebabka­n ia antara lokasi mencatatka­n jumlah penagih dadah yang tinggi.

“Berdasarka­n kajian dilakukan, kami mendapati PPR kawasan paling ramai jumlah penagih dadah seawal usia 11 tahun. Mereka terjebak dengan najis dadah atas faktor budaya setinggan dalam kalangan penghuni.

“Lebih memburukka­n keadaan apabila ahli keluarga bersubahat dengan penagih dadah dan membenarka­n kediaman mereka menjadi sarang penagihan dadah,” katanya.

Dalam operasi dijalankan pada jam 3 petang kelmarin hingga awal pagi semalam di empat kawasan PPR sekitar ibu negara, pihak berkuasa menahan 33 penagih dadah.

Operasi dijalankan di PPR Sri Sabah dan Pudu Ulu, PPR Desa Tun Razak, PPR Sri Melaka, serta PPR Sri Johor dan Lorong Ikan Emas, di sini, turut menahan seorang pengedar dadah sebelum diserahkan kepada pihak polis mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap 41 individu di empat lokasi berkenaan, kami menahan 33 individu yang positif dadah.

“Dua daripada mereka menyerah diri kepada pihak berkuasa dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 6 (2) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983, manakala seorang lagi lelaki ditahan kerana memiliki dadah sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Yusuf Azmi berkata, pembabitan anak muda dengan dadah membabitka­n penghuni PPR amat membimbang­kan berdasarka­n jumlah penagih yang tinggi di kawasan berkenaan.

“Setiap kali serbuan dijalankan di kawasan PPR, golongan muda paling ramai ditahan akibat terjebak najis dadah. Justeru, situasi ini perlu dibendung segera bagi mengelakka­n ia semakin merebak,” katanya.

 ?? Azman ?? ANTARA penagih dadah yang ditahan ketika serbuan Op Bah di sekitar Kuala Lumpur. Lebih memburukka­n keadaan apabila ahli keluarga bersubahat dengan penagih dadah”
Azman ANTARA penagih dadah yang ditahan ketika serbuan Op Bah di sekitar Kuala Lumpur. Lebih memburukka­n keadaan apabila ahli keluarga bersubahat dengan penagih dadah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia