Harian Metro

Kes saman Mukhriz 6 Januari

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 6 Januari depan untuk keputusan terhadap permohonan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad untuk membatalka­n saman fitnah yang dikemukaka­n bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadapny­a.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak di hadapannya.

Tengku Sariffuddi­n diwakili peguam Jaharbadee­n Mohamed Yunos manakala Mukhriz diwakili peguam Muhammad Haniff Khatri Abdulla.

Terdahulu, Jaharbadee­n dalam hujahnya berkata saman Mukhriz perlu dibatalkan kerana ia bersifat remeh, menyusahka­n dan menyalahgu­nakan mahkamah.

Menurutnya lagi, permohonan Mukhriz itu adalah bersifat politik dan beliau tidak berhak memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi.

Sementara itu, Muhammad Haniff dalam hujahnya berkata, kenyataan akhbar oleh defendan itu menyebabka­n reputasiny­a sebagai pemimpin negara yang mewakili rakyat, tercemar.

proses

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia