Harian Metro

Harapan kabur Syukur bantuan tak putus

-

„ Mangsa belum dibenar pulang ke rumah masing-masing

Briged sukarelawa­n Media Prima Berhad (MPB) dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) semalam tampil menyalurka­n bantuan makanan kepada 34 keluarga mangsa tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini.

Bantuan menerusi Tabung Bencana MPB-NSTP dengan kerjasama pasar raya hiper GIANT itu hasil sumbangan orang ramai untuk mangsa bencana dan petugas yang menginap di pusat pemindahan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah.

Wakil penduduk, Mohd Ramlan Mohd Amin, 51, berkata, mereka bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan makanan yang tidak putus-putus diterima.

“Bantuan yang disalurkan Media Prima dan NSTP mencukupi. Kami menghargai keprihatin­an syarikat swasta seumpama ini yang turut tidak pernah melupakan nasib mangsa bencana.

“Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua agensi keselamata­n berkaitan menjaga kami dengan baik sejak hari pertama kejadian,” katanya.

Isnin lalu, sumbangan beg keperluan asas seperti berus gigi dan lampu suluh disumbangk­an melalui tabung sama dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 ??  ?? KERJA baik pulih di lokasi tanah runtuh di Taman Idaman.
KERJA baik pulih di lokasi tanah runtuh di Taman Idaman.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP mengagihka­n sumbangan kepada mangsa tanah runtuh.
ANGGOTA Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP mengagihka­n sumbangan kepada mangsa tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia