Harian Metro

Laporan terperinci siap minggu hadapan

-

Laporan terperinci bagi menentukan 64 rumah penduduk di Jalan Utama, Taman Idaman di sini, selamat diduduki atau sebaliknya dijangka siap minggu hadapan.

Ia membabitka­n kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) antaranya berkaitan aliran air bawah tanah dan pergerakan tanah serta struktur forensik di lokasi runtuhan.

Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, semua mangsa dibenarkan pulang sekiranya hasil laporan mendapati kawasan itu selamat diduduki dan kerja membaiki jalan selesai dilaksanak­an.

“Kajian masih dalam tempoh pengumpula­n data namun kami menunggu laporan JMG dan JKR siap sepenuhnya terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ia penting bagi menentukan tahap aliran air bawah tanah yang menjadi punca tanah runtuh itu dan jarak dari kediaman penduduk supaya dapat memastikan empat blok selamat diduduki,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia