Harian Metro

Diskaun kompaun serendah RM10

-

Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan diskaun kepada pesalah trafik untuk menjelaska­n kompaun lalu lintas pada kadar serendah RM10.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pemberian kadar khas itu berkuat kuasa semalam sehingga 28 Februari tahun depan.

“Kira-kira 5 juta notis tertunggak sejak dari 2014 sehingga 2016 yang belum dijelaskan pesalah trafik membabitka­n pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sepanjang tahun ini iaitu sehingga Oktober 2016, sebanyak 4,459 kenderaan disenaraik­an hitam oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) kerana gagal menyelesai­kan bayaran kompaun yang dikeluarka­n DBKL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penghargaa­n Bersama Agensi Sempena Hari Penguatkua­saan ke-47, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Sosio-Ekonomi DBKL Datuk Mohd Sauffi Muhamad dan Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL Mustafa Mohd Nor.

Mhd Amin Nordin berkata, kadar khas kompaun RM10 diberikan bagi kesalahan trafik untuk 2007 hingga 2011, manakala RM20 pula bagi kesalahan pada 2012 hingga 2014 dan bagi 2015 hingga sekarang kadar kompaun adalah sebanyak RM30.

Menurut beliau, DBKL juga tidak berkomprom­i lagi dengan pesalah lalu lintas dan akan mengunci kenderaan sekiranya melakukan kesalahan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia