Harian Metro

Bayar dulu baru pandu

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Caj RM100 sehari selagi tidak tuntut kereta dikompaun DBKL

iada lagi maaf bagimu’ apabila pemilik kenderaan yang berdegil meletakkan kenderaan di kawasan larangan perlu membayar kompaun RM100 serta-merta.

Difahamkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan membuka kunci dipasang pada tayar kenderaan pesalah selepas kompaun itu dijelaskan.

Tindakan tegas itu diambil Dewan DBKL susulan kesesakan lalu lintas teruk berlaku berpunca sikap segelintir pemandu kenderaan yang mementingk­an diri sendiri.

Dalam operasi dijalankan Penguatkua­sa Unit Trafik DBKL semalam, mendapati masih ada pemilik kenderaan tidak mengendahk­an peraturan apabila meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Jurucakap penguatkua­sa Unit Trafik DBKL berkata, dalam operasi Kapit Roda itu kelmarin, pihaknya bertindak mengunci tayar lapan kenderaan.

Menurutnya, dalam melaksanak­an undang-undang itu, pihaknya tidak memilih bulu dan akan mengunci kenderaan yang ditinggalk­an.

“Mungkin ada mendakwa pihak kami tidak melakukan tindakan ke atas kenderaan mewah. Perkara itu tidak benar kerana kami turut mengenakan tindakan ke atas kenderaan mewah.

“Operasi bermula jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu dijalankan di beberapa kawasan di ibu negara termasuk Jalan Pahang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit di sini,” katanya.

Katanya, pemilik kenderaan yang dikunci tayar perlu menghubung­i penguat kuasa melalui notis yang ditinggalk­an pada kereta mereka.

“Sebelum ini, pihak kami hanya mengeluark­an kompaun ke atas kenderaan yang menghalang lalu lintas ini, namun tindakan itu dilihat masih tidak menyedar mereka.

“Berbeza dengan tindakan kunci tayar ini, pemilik kenderaan perlu menjelaska­n serta-merta bayaran sebanyak RM100 untuk membuka kunci pada tayar kenderaan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya tiada tuntutan selepas tempoh empat jam, kenderaan itu akan ditunda ke Depoh Simpanan Tunda DBKL di Sentul.

“Malah caj sebanyak RM100 sehari akan dikenakan selagi mana kenderaan itu tidak dituntut pemiliknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia