Harian Metro

Polis cari saksi kes langgar lari

-

Sungai Buloh: Seorang penunggang motosikal yang mati akibat dilanggar lari di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampira­n Damansara di sini, Isnin lalu, terus menjadi tanda tanya berikutan tiada saksi tampil membuat laporan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Firdaus Mohd Sharil, 25, dikatakan terbabas sebelum dilanggar kenderaan menyebabka­n dia maut di lokasi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sehingga kini pihaknya masih mengesan pemandu kenderaan yang bertanggun­gjawab melanggar mangsa.

“Mangsa yang tinggal di Taman Samudera, Batu Caves, dikatakan menunggang motosikal bersendiri­an dari arah Subang menghala ke Sungai Buloh.

“Berdasarka­n siasatan, sebaik tiba di lokasi mangsa terbabas sebelum dilanggar kenderaan lain, namun dipercayai pemandu kenderaan terbabit melarikan diri selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa maut serta-merta di lokasi akibat kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Polis meminta saksi bebas yang berada di lokasi hadir menyalurka­n maklumat. Kami juga meminta pemandu yang terbabit dalam kemalangan tampil membuat laporan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia