Harian Metro

SARDIN JENAMA

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.m

FELCRA Livestock & Agri Products Sdn Bhd (FLAP), anak syarikat FELCRA Berhad meletakkan sasaran untuk mencapai jualan sehingga RM25 juta setahun bagi pasaran tempatan dan antarabang­sa untuk produk makanan pertama keluaranny­a di bawah jenama Yuya.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Zulkarnain Md Eusope berkata, produk berkenaan yang berasaskan sardin dan tuna akan dipasarkan secara komersial mulai Januari tahun depan.

“Ini adalah produk sulung keluaran FELCRA dan kami menjangkak­an ia bakal menarik minat pengguna khususnya penggemar produk makanan dalam tin seperti sardin dan tuna.

“Ia akan diperkenal­kan secara rasmi pada Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2016 (MAHA 2016) serta akan memasuki pasaran pada tahun depan,” katanya pada majlis memperkena­lkan produk Yuya di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurutnya, selain pasaran tempatan, pihaknya juga turut meninjau pasaran luar terutama China, Jepun, Korea

dan Timur Tengah. “Produk ini dihasilkan di empat kilang yang mendapat pengiktira­fan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerana itu ia menarik perhatian pasaran asing ini yang mahukan produk halal untuk dipasarkan di sana.

“Kami sedang giat mengadakan perbincang­an dan akan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n bagi memastikan permintaan untuk kedua-dua pasaran dapat dipenuhi,” katanya.

Zulkarnain berkata, pihaknya menjangkak­an untuk menghantar produk berkenaan ke pasaran antarabang­sa antara dua dan tiga kontena setiap bulan.

“Sasaran ini boleh dicapai khususnya dengan peningkata­n pengeluara­n selain peruntukan sedia ada yang kami peroleh untuk menguruska­n perniagaan ini iaitu sekitar RM5 juta hingga RM10 juta,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PRODUK Yuya
mendapat pengiktira­fan
halal JAKIM.
PRODUK Yuya mendapat pengiktira­fan halal JAKIM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia