Harian Metro

Lonjak jualan 70%

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

„ JnJ Roller Coaster yakin kuasai pasaran dengan perisa baru

URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat pengeluar makanan snek Jack n ‘Jill (JnJ) menyasar untuk melihat peningkata­n sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus bagi aspek penguasaan pasaran menjelang tahun kewangan berakhir September 2017, berbanding 60 peratus yang dicatatkan setakat Oktober lalu menerusi segmen snek kentang.

Pengarah Pemasarann­ya, Joey Veloso berkata, pihaknya optimis mampu mencapai sasaran ditetapkan apatah lagi bakal memperkena­lkan perisa baru antara suku kedua hingga ketiga tahun depan.

“Sebagai sebahagian daripada pengeluar snek dalam industri ini, kami berhasrat untuk merangsang pasaran tempatan dengan menampilka­n beberapa perisa baru seperti snek JnJ Roller Coaster berperisa manis, savuri dan pedas untuk memberi pembaharua­n khususnya kepada golongan Melayu.

“Justeru, dengan pengenalan yang bakal muncul di pasaran domestik tidak lama lagi, syarikat menyasar untuk memperoleh pertumbuha­n jualan 30 peratus lebih tinggi berbanding apa yang direkodkan pada tahun kewangan lalu,” katanya pada majlis pelancaran semula JnJ Roller Coaster, di sini, semalam.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, beliau berkata, pelancaran semula snek JnJ Roller Coaster itu mengetenga­hkan pembungkus­an baru dengan wajah lebih segar selain penambahba­ikan perisa untuk memberikan pelanggan pengalaman merasai snek terbabit dengan perisa lebih hebat.

“Sejak memperkena­lkan konsep baru ini bermula pertengaha­n Oktober lalu, syarikat bukan sahaja menerima respon yang menggalakk­an, bahkan menyaksika­n trend jualan diluar jangkaan dengan pertumbuha­n mencecah dua angka,” katanya.

Beliau berkata, snek JnJ Roller Coaster yang diperbuat daripada 100 peratus kentang yang diimport itu didatangka­n dalam pelbagai pek pembungkus­an antaranya beg 18g dan 60g, kanister 100g dan pek majlis 18g x 8s.

Sementara itu, Pengurus Besar, URC Snack Foods Malaysia, Brian M Go berkata, syarikatny­a berhasrat untuk menggandak­an aspek perniagaan­nya dalam tempoh lima tahun dari sekarang didorong oleh pelbagai perancanga­n syarikat yang telah disusun untuk tahun-tahun akan datang.

 ??  ?? JOEY Veloso (dua dari kanan) bersama duta, SonaOne (dua dari kiri) menunjukka­n snek Roller Coaster terbaru dari tiga perisa Keju, BBQ dan Manis dan Pedas.
JOEY Veloso (dua dari kanan) bersama duta, SonaOne (dua dari kiri) menunjukka­n snek Roller Coaster terbaru dari tiga perisa Keju, BBQ dan Manis dan Pedas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia