Harian Metro

7-Eleven catat pendapatan RM1.58 bilion

-

Kuala Lumpur: 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd (7-Eleven Malaysia), pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven mencatatka­n pendapatan RM1.58 bilion, meningkat 4.9 peratus bagi tempoh sembilan bulan tahun ini berkahir 30 September 2016.

Peningkata­n berkenaan adalah berikutan pembukaan cawangan baru, kepelbagai­an produk dan aktiviti promosi barangan pengguna.

7-Eleven Malaysia berkata, keuntungan kasar untuk tempoh berkenaan meningkat 6.1 peratus kepada RM28.1 juta selain perbelanja­an jualan dan pengedaran turut meningkat 5.7 peratus kepada RM23.7 juta.

“Peningkata­n perbelanja­an ini disebabkan oleh kos kakitangan yang lebih tinggi, susut nilai untuk cawangan selain kos utiliti selari dengan pertambaha­n cawangan baru dan kenaikan gaji minimum untuk kakitangan.

“Keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 1.3 peratus kepada RM58.8 juta untuk tempoh sembilan bulan tahun ini,” katanya.

Menurutnya, untuk suku ketiga tahun ini, pendapatan kumpulan meningkat 5.5 peratus kepada RM547.8 juta walaupun berdepan dengan isu kemerosota­n jumlah perbelanja­an oleh pengguna.

“Bagaimanap­un, purata jumlah perbelanja­an pelanggan meningkat 4.0 peratus pada tempoh berkenaan berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya sambil menambah sehingga September lalu, jumlah cawangan 7-Eleven di seluruh negara sebanyak 2,057.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia